Home Fanfic Owner

31 May 2012

Episod 6 > True Love



Ji Yeon pov


     "Kau boleh tak pergi sorang ni ?"Hwa Young masih lagi menunjukkkan mimik muka bimbang , aku hanya tersenyum nipis sambil mengangguk perlahan .

     "Sorry , susah kan kau je . Ji Eun tu ada hal sikit petang ni , tapi esok dia cakap dia join kita buat folio tu . Cuma harapkan kau je nak pergi beli semua bahan-bahan yang kita nak . "aku hanya mengganguk mengerti .

     Nasib lah aku yang kena beli semua bahan-bahan untuk buat folio bagi matapelajaran bahasa korea . Hwa Young pulak perlu melawat atuknya yang masih lagi tidak keluar dari hospital manakala Ji Eun pula terpaksa temankan ibunya untuk balik ke kampung .

     "Tak pe , aku faham , lagipun kedai buku tu bukan jauh sangat . Oklah aku pergi dulu eh ?"seraya itu helmet berwarna pink lembut itu dipakaikan ke kepala kemudian aku membonceng skuter yang jugak berwarna pink itu .

++++

Ji Yeon pov

     "hurmm . pensil color dah , buku rujukan dah . Apa lagi eh ?"aku kembali menilik list yang setia berada di tangan . Beberapa saat selepas itu aku memetik jari tanda mendapat semula ingatan yang telah hilang tadi .

     "Macam mana aku boleh lupa beli buku rujukan sains pulak ni ?"

     Ye , buku rujukan sains yang sememangnya tiada kaitan untuk membuat folio bahasa korea tapi untuk mengulangkaji pelajaran . Rasanya aku tak beli lagu buku sains ni .

     "Ehh , beg dompet siapa pulak ni ?"sampai sahaja di raj buku rujukan tersebut dahiku berkerut bila melihat beg dompet kulit yang berwarna coklat itu berada di salah satu rak tersebut .

     "Ermm , excuse me that's my dom..."suara garau dari seseorang memberhentikan pandangan dari terus melekat ke arah dompet kulit itu . Aku terpampam sementara .

     "Ji Yeon .."

     "Dong Woon ?"aku bersuara perlahan cuba menyembunyikan getaran suara . Buat seketika mata kami berlaga .

     "Jagiya , what are you doing here ?"suara manja yang 'datang tanpa diundang' membuatkan mata masing-masing jatuh ke lantai cuba menahan malu yang terlampau .

     "Ahni , I just amik beg dompet I ni , nasib baik orang tak curi , kalau bukan Ji Yeon yang jumpa memang dah lama kena curi agaknya ."Dong Woon tersenyum manis memandang aku . Dalam hati ada rasa sedikit bergetar bila melihat senyuman manis Dong Woon .

     "Ouh , you pasti kalau dia jumpa dia tak curi ?"cepat-cepat aku toleh ke arah Na Eun yang tersenyum penuh makna memandang aku .

     "jagiya , kenapa cakap macam tu dekat Ji Yeon , sorry Ji Yeon , Na Eun tak bermaksud macam tu ."Dong Woon menunjukkan mimik muka bersalah dalam hatiku mula terasa pijar bila potongan ayat dari Dong Woon itu seperti memenangkan Na Eun .

     "It's okay . But , Na Eun I think saya dah cukup duit nak bayar barang yang saya nak beli , tak perlu curi pun takpe ."jawabku sinis sambil menoleh ke belakang menyambung perjalanan hendak ke kaunter bagi pembayaran .

++++

Ji Yeon Pov

     Aku melabuhkan punggung di bangku yang tepat memandang ke arah tasik . Air mata masih lagi tidah berhenti mengalir . Dari tadi aku cuba menahan esakkan . 

     "Ji Yeon ? gwencana ?"Aku terpampam seketika suara tu aku kenal . Ye , kenal sangat .

     "Kenapa ni ? kau nangis ?"Myung Soo terus duduk di sisi ku , jelas menampakkan wajahnya agak risau ketika itu . Kenapa dia perlu risau ? seketika aku berfikir sejenak .

      "Ji yeon kenapa ni ?"Myung Soo memegang kedua-dua bahuku supaya menghadap dia .

     Bila air mata sudah tidak dapat ditakung lagi ianya semakin lebat merembas ke pipi . Myung Soo panik seketika kemudian tangan yang tadinya pegang kebahu beralih ke belakang tubuhku , kemudian tubuhku dibawa kedalam dagapannya .

     Aku terpampam , aksi spontan Myung Soo sudah menjentik naluriku sewaktu ini . Entah apa yang dirasakan sewaktu itu aku begitu selesa bila di dagapan Myung Soo .

     "Aku benci dia ! aku benci dia ! tapi kenapa dia selalu ada depan mata aku ? kenapa !" esakkan sudah tidak mampu dibendung lagi . Aku menanggis semahu-mahunya di dagapan myung Soo .

     "Ji Yeon cakap dengan aku siapa yang buat kau macam ni ? " tangan kanan Myung Soo beralih pula ke kepala aku . Sentuhan lembut itu bagai diresap ke dalam hati . terharu ..

     "Myung Soo aku sayang dia ! aku tak boleh tipu diri aku sendiri aku sayangkan dia myung Soo ! aku sayangkan dia ."suaraku sedikit tengelam dengan bunyi esakkan yang sudah semakin kuat .

     "Ji Yeon , Hey ! listen here ! tuhan takkan tunjukkan sesuatu yang buruk akan melanda kita . Kau kena percaya Ji Yeon tuhan takdirkan dia tinggalkan kau untuk bagitahu kau dia bukan lelaki pilihan terbaik dalam hati kau ."tone suara yang tadinya lembut sekarang kelihatan tegas .

     Aku mendongak memandang Myung Soo , buat seketika aku mengamati wajah Myung Soo , hensem jugak dia ni . Ehh , apa kau merepek Ji Yeon kalau mencintai Myung Soo lagi parah dibuatnya .

     beberapa saat kemudian aku tunduk semula . Malu dengan diri sendiri , 

     "Ji Yeon aku tahu apa dalam hati kau sekarang . Kau nak cakap yang kau takkan percaya pada cinta sejati kat dunia lagi kan ?"aku kembali mendongak memandang anak mata Myung Soo tiada langsung riak gurauan di wajah putih itu .

     "Ji Yeon , manusia takkan lari dari dicintai dan mencintai ."suara lembut myung Soo menghilangkan rasa sedih tadi .

     "Mianhae Myung Soo , a..aku tak sedia nak bagitahu kau masalah aku ."tergagap-gagap aku memberi penjelasan , mungkin myung Soo nak tahu kenapa aku nangis . tapi.. kenapa aku takut nak bagitahu orang ? kenapa ?!

     "It's okay , aku dah kata aku akan tunggu kau . "aku terpampam seketika bila hujung jari Myung Soo mengelap saki baki air mata . Sebaris senyuman dilemparkan kepada Myung Soo . Dia turut membalasnya .

     "Kau beli apa tu ?"Myung Soo menuka topik sambil matanya menjeling-jeling ke arah plastik merah itu .

     "Ni untuk portfolio bahasa korea . Esok aku kena buat sama-sama dengan Hwa Young dan Ji Eun ."aku tersengih memandang Myung Soo .

     "Aku nak ikut kau buat sekali boleh ?"Myung Soo tersenyum memandangku .

     "Buat apa ?"aku mamandang pelik ke arah Myung Soo .

     "Kau tak nak aku tolong kau ke ? aku ni dulu bahasa korea dapat A plus tau ."Myung Soo mendabik dada . Aku tersenyum seraya menganguk perlahan , Myung Soo turut membalasnya .

++++

Ji Yeon Pov

     Dalam keadaan yang mamai aku mencapai telefon bimbit yang berada di atas meja kopi disebelah katil aku . Ni siapa pulak call malam-malam ni ?

     "Anneyeong . "suara garau di telefon tadi menambahkan lagi kerutan di dahi .

     "Siapa ni ? kenapa telefon malam-malam ni ?"

     "Ni aku lah , Myung Soo .."jawapan dari talian membuatkan aku terkejut beruk , mata yang tadinya redup terbukak cerah .

     "Mana kau tahu nombor telefon aku ?"

     "Dari Woo Hyun dia kan ada nombor telefon Ji Eun pastu aku mintak nombor telefon kau kat Ji Eun ."

     "Ouh , kenapa call malam-malam nie ?"aku masih lagi dengan kerutan di dahi .

     "sahaje , rindu kau ."bertambah kerutan di dahiku , ni apa kena pulak dengan mamat ni ?

     "Kau demam eh ? dah lah aku nak tido jumpa kau esok eh ? ppyong "baru sahaja aku mahu mematikan talian telefon mimbit . Tibe-tibe ..

     "Ok , good night jagiya !"myung Soo sedikit terjerit di situ , seraya itu aku menjauhkan sikit telefon bimbit dari cuping telinga . 

     Sah ! sah mamat ni demam . Lambat-lambat aku tersenyum sendirian .

~
Aku rasa nak couple balik dengan Myung Soo -.- eh , SeHun nak taruk mana ? -,- kay, abaikan .