Home Fanfic Owner

31 May 2012

Episod 5 > True Love





Myung Soo pov

     Aku terpisat-pisat bangun dari tidur bila merasakan ada air yang sudah mengalir di leher . Huhh , berpeluh ! kemudian terasa ada satu objek sedang membebankan bahu kiriku . Aku toleh ke sisi memandang tepat kearah tepat wajah mulus Ji Yeon . Lambat-lambat aku tersenyum , comel . Itu yang berada di benak fikiran ku sekarang .

     Aku gelabah seketika bila badan Ji yeon bergerak sedikit dan kemudian matanya perlahan-lahan dibuka . Terpisat-pisat Ji Yeon bangun dari tidurnya . Bila dia mengetahui kepalanya di bahu kiri aku , cepat-cepat dia duduk tegak semula .

     "Mianhae ." kata Ji Yeon sambil membetulkan rambutnya yang agak serabut itu .

     "Sedap kau tidur kat atas bahu aku kan ?"aku memandang Ji Yeon yang sudah menunjukkan mimik-mimik menyampah . Aku tersengih ~

     "Lamanya nak sampai Nami Island ni . "bait-bait yang keluar dari mulut Ji Yeon membuatkan aku tersenyum sendiri , 

     "Dah nak sampai dah ni , yang kau merengek macam budak kecik ni apsal ?"aku menjeling ke arah Ji Yeon yang sudah mencebik , marah mungkin ?

++++

Ji Yeon pov

     Aku hanya membututi langkah cikgu Teo . semakin lama penjelasan yang diberi oleh cikgu Teo langsung tak masuk kedalam otak . Otak aku ligat berfikir peristiwa tadi macam mana aku boleh tertidur di bahu Myung Soo . Lambat-lambat aku tersenyum . Susah untuk tafsirkan perasaan ini .

     Kelihatan Hwa Young dan Sung Jong sedang asyik mencatat sesuatu dalam buku kecil . Di bas tadi pun mereka duduk di hadapan tempat duduk bas . Patutlah Myung Soo duduk sebeelah aku . Aikk , bercakap pasal Myung Soo , mana laki tu ?

     Aku menjeling ke sekitar cuba mencari kelibat Myung Soo , aku terpampam . ya , wajah kacak itu sedang berlaga pandangan dengan ku . Hanya beberapa saat Na Eun datang menghentikan mata kami dari bertemu . Cepat-cepat aku alihkan pandangan . Hati terasa senak cuba menahan pedih tangan kanan memegang dada . Aku dapat merasakan cecair panas sudah jatuh mengikut lentok wajah , 

     "Gwencana ?"suara garau datang dari sisi membuatkan aku gelabah seketika , capat-cepat aku lapkan setitik air mata yang sudah jatuh ke pipi itu dengan hujung jari .

     "Ahni , kajja Myung Soo . "aku hanya meneruskan perjalanan cuba menghilangkan rasa sedih yang masih lagi berbaki . Kemudian Myung Soo berjalan seiringan dengan aku .

++++

     Hampir dua jam di Nami Island semua pelajar yang menyertai lawatan tersebut diminta ke bas masing-masing untuk pulang . Sudah berapa kali pertanyaan Myung Soo sewaktu di Nami Island tadi aku biarkan sepi , ada kalanya aku jawab dengan tone yang dingin .

     "Aku nak duduk sini boleh ?"aku yang baru mahu mengalih pandangan ke arah luar tingkap , tibe-tibe suara garau itu membatalkan niat tadi .

     Aku hanya mengganguk perlahan . kemudian , aku kembali menoleh ke arah tingkap bas . Buat apa Myung Soo nak mintak kebenaran pulak ni ?

     "Kau minat Dong Woon ?"pertanyaan Myung Soo bagai halinlintar yang menerusi cuping telinga kananku . Aku kembali toleh ke arah Myung Soo , mimik mukanya berkerut cuba mencari jawapan dari aku , mungkin ?

     "Aku tak cakap pun yang aku suka dia . "aku masih lagi dengan tone mendatar , aku perlu keseorangan . Tetapi , perhatian dari Myung Soo sikit sebanyak menyentuh naluri .

     "Aku kenal kau tak sampai tiga hari lah , aku dah boleh tahu kau ni perangai macam mana . muka kau tu nampak sangat tengah tipu ."Aku kembali toleh ke arah Myung Soo entah berapa kali .Kemudian aku tersenyum sinis memandang Myung Soo .

     "Apa yang kau tahu tentang aku selama 3 hari ? "seketika pandangan kami berlaga . Mata Myung Soo yang redup itu membuatkan perangai jelik tadi hilang entah kemana ? jelik ? mungkin sebab Myung Soo tak pernah tahu apa erti cinta ? kalau aku cerita kat dia tentang Dong Woon pun tak ke dia tergelak kat situ .

     "Aku pernah cakap kat kau yang aku nak tahu semua pasal kau ."suara lembut Myung Soo menerjah masuk ke telinga . Aku tunduk seketika cuba menyembunyikan wajah yang sudah berubah tone warna .

     "Aku..a..ku tak sedia lagi nak luah kat siapa perasaan aku sekarang .."jelas ku masih lagi tertunduk .

     "So, betul lah kau suka kat Dong Woon ?"suaranya yang tadi lembut kembali terasa bingit di cuping telinga , aku kembali mendongak .

     "Aku dah cakap kat kau yang aku langsung tak sedia nak bagitau siapa-siapa lagi kan ?"aku menjawab dingin semula , hati yang tadi cair membengku semula .

     "Aku akan tunggu sampai kau sedia nak bagitahu aku "Aku berpaling memandang Myung Soo dia tersengih menunjuk gigi putihnya itu .

     masing - masing diam seketika ..

     "Myung Soo ."aku seru lembut , kemudian pandangan terus beralih ke wajah Myung Soo .

     "Kau percaya ada cinta sejati kat dunia ni ? cinta yang tak akan buat kita nangis , tak akan buat kita terluka ? "aku setia menatap wajah putih Myung Soo . Mencari jawapan .

     "Ada .."balas Myung Soo pendek .

     "Macam mana kau tahu ada ? sedangkan kau pun masih belum jumpa . "aku tersenyum penuh makna dan sindiran .

     "See , kau sendiri yang dapat jawapan . Aku tak jumpa lagi cinta tu . "

     "Kalau kau dapat jumpa ?"aku masih lagi bertanya . jawapan Myung Soo langsung tak bagi kepuasan !

     "Kalau aku jumpa ?"aku mengganguk , kemudian Myung Soo kembali menjawab . "Kalau aku jumpa cinta tu , aku akan jaga dia macam mana aku jaga hati dan perasaan aku sendiri ."

     "Kenapa kau nak jaga dia macam hati dan perasaan kau sendiri ?"

     "Sebab aku pun tak nak luka kan hati aku . Kalau aku kehilangan dia bermakna aku sendiri yang luka hati aku sendiri , dia kan orang yang paling aku sayang . Cuba kau bayangkan kalau kau kehilangan orang tersayang mesti kau pun nangis kan ? "

     Diam seketika . Aku kembali tertunduk cuba memikirkan disebalik kata-kata Myung Soo . Kalau nak difikarkan balik wajah Myung Soo ketika menjawab tadi langsung tiada tanda-tanda gurauan .

     "Oppa !"suara 'kegedikan' seseorang membuatkan aku kembali mendongak . Dia tengah bisik dengan myung Soo ? Aku tersenyum paksa bila gadis gedik itu memandang aku kemudian melemparkan senyuman jelik . Ek eleh , ingat aku nak senyum sangat dengan kau ? 

     Entah apa yang perempuan gedik itu berbisik ke telinga Myung Soo membuatkan Myung Soo bangun dari tempat duduk kemudian duduk di tempat duduk belakang . Duduk dengan perempuan gedik tu agaknya ,

     Sesekali terdengar gelak tawa mereka berdua . Terasa cuping telinga semakin panas mendengar rengekan manja dari perempuan tadi . Seketika terasa panas pulak dalam bas ni , aku dah tak senang duduk .

     beberapa puluh minit kemudian suara rengekan manja tadi sudah hilang entah kemana . Huhh , lega .  Lega sebab tak dengar suara asmara dana tadi .

     "Woit . "suara garau datang dari sisi membuatkan aku berpaling seketika .

     "Kau tak ingat eh apa aku cakap ?"Aku mendengus geram sambil melemparkan jelingan maut ke arah Myung Soo .

     "Cakap ? cakap apa ? kau jeles eh ?"Myung Soo tersenyum nakal .

     "Aku cakap jangan beraksi asmara dana lagi depan aku . Aku tak suka !"

     "Macam mana kau nampak ? bukan kitorang beraksi asmara dana kat belakang ke ?"Myung Soo menggaru kepalanya yang tak gatal masih lagi dengan sikap lurus bendul .

     "Maksud aku suara kau dengan suara dia tu . Eeee , geli kau tahu tak ."Aku menayang wajah geli hadapan Myung Soo , dia tergelak kecil menahan geli hati . Muka aku lawak sangat ke kalau buat macam tu ?

     "Yelah , yelah . lain kali aku buat asmara dana kat dalam bilik je eh ?"kata Myung Soo berbaur gurauan tapi .. ianya sakit di hati aku . kenapa ?! 

     "Suka hati kaulah ."aku kembali menoleh ke arah tingkap bas . Sudah berapa kali aku buat aksi macam ni . Asyik-asyik tengok pemandangan luar tingkap bas . Menghilangkan rasa gemuruh bila tengok wajah Myung Soo . Eh , macam lain je bunyi ? Aku menggeleng perlahan .

~
btw , sory pasal beg haversack backpac tu sebenarnya untuk pergi naik gunung ke apa -.- tapi , eden dah ubah beg tu jadi beg sekolah :3

     

     

1 comment:

Miss Oat 익명 said...

Ji Yeon akan sukakan Myungsoo kan? kan? pasti.