Home Fanfic Owner

01 June 2012

Episod 7 > True Love



Ji Yeon pov

     Baju lengan panjang berwarna kelabu dan jeans paras lutut itu aku sarungkan ketubuh . Buat beberapa minit aku membelek diri di cermin , rambut yang sudah melepasi bahu dilepaskan .

     Usai samua aku menuruni tangga . Tiba di ruang tamu aku melemparkan sebaris senyuman kepada ji Eun yang sudah sampai awal ke rumah aku .

     "Annyeong , Hwa Young mana ?"tanya Ji Eun .

     "Ada kat bilik kejap lagi dia turun lah tu , ermm .."Aku terdiam seketika . Myung Soo datang jugak ke ? tapi mana dia ? Aku berfikir sejenak kenapa aku nak fikir pasal dia ni ?

     "Hai korang ,semua dah ada ? eh , Ji Eun mana Woo Hyun and the geng ?"apabila terdengar Hwa Young menyebut 'Woo Hyun and the geng' aku kembali memandang Ji Eun , kalau ada Woo Hyun mesti ada Myung Soo ye tak ?

     "Ouh diorang datang kejap lagi kot ."Ji Eun menjawab , terasa ada keluhan lega terbit di bibir . Aku tersedar , seraya melemparkan pandangan ke arah dua 'manusia' yang sedang memandang pelik ke arah aku . Sedarkan ketenlajuran itu aku berdehem beberapa kali juba menghilangkan perasaan takut , ye , takut disalah anggap .

     Beberapa saat kemudian terdengar deruman enjin kereta . Hwa Young dan Ji Eun yang tadinya setia memandang pelik ke arah aku kini mereka mengalih pandangan ke arah tingkap . Aku berlari anak terus ke daun pintu . Tetapi hampa ..

     Yang kelihatan hanyalah Sung Jong dan Woo hyun saja , mana Myung Soo ? sekali lagi keluhan berat terbit di hujung bibir . Aku masih lagi berdiri dihadapan pintu utama . Sekali lagi aku mengeluh . 

     "Yang kau ni kenapa ? tunggu Myung Soo pulak ke ?"Ji Eun menyiku perkelangan ku perlahan , aku menggeleng perlahan .

     "Eh , tak aku ingat Myung Soo datang sekali . Mana lah tahu nanti aku dah tutup pintu karang dia ketuk ."alasan apa yang diberi aku pun tidak pasti bernas ke tidak .

     "Tak datang lah tu . Dah pergi masuk dalam , kita kena siapan folio tu hari ni jugak . "kerana hendak menutup muka yang sudah berubah tone aku berjalan masuk ke dalam rumah , puii , sah aku ni tak pandai berlakon . Hampir terkantoi dengan Ji Eun tadi .

++++

Myung Soo pov

     "MyungMyung~minum lah sikit . Kita enjoy lah kejap eh ?"suara gadis itu terpaksa dikuatkan kerana hendak berlawan dengan lagu 'karaoke' yang sedang berkumandang .

     "So..sory Ha Ra , I nak balik dah ni . "Baru sahaja kaki mahu berjalan meninggalkan bilik 'karaoke' tersebut , tangan putih Ha Ra menarik lembut tangan kiriku . Aku kembali toleh ke belakang ketika itu badan Ha Ra begitu hampir dengan ku . Aku terpampam bila Ha Ra memeluk badan ku kemudian terdengar suara esakkan dari Ha Ra . Aku panik seketika .

     "Please Myung Soo . Hari ni je . You dah lama tak teman I , you tahukan mak I dah meninggal ? bapak I pulak sibuk dengan kerja dia ."Ha Ra merengek manja . Perasaan berubah simpati bila Ha Ra bercerita tentang kedua ibu-bapanya .

     Aku mengganguk perlahan bila wajah Ha Ra mendonggak memandang tepat ke wajahku . Dia juga turut membalas . 

     "Okay . But , I takkan minum hari ni okey ?"

     lambat-lambat Ha Ra mengganguk perlahan . Seraya itu aku kembali duduk di sisi Ha Ra , sekali lagi aku kedengaran Ha Ra masih menyanyi lagu It girl dari A Pink dengan lentok badannya .

++++

Ji Yeon Pov

     Sesekali terdengar gelak tawa mereka bertiga kecuali Sung jong yang masih lagi memerhati buku teks koreaku. Aku kembali menggeleng pening tengok diorang ni . Tak pasal-pasal aku jugak yang kena bab 1 dan bab 2 , kemudian kami bergilir-gilir menganti alih kerja .

     "Sung jong .."aku menyeru nama Sung Jong perlahan , takot mereka bertiga perasan . Sung Jong yang masih lagi tidak lekang memandang buku teks bahasa koreaku menyahut pendek.

     "Hmm ."

     "Myung Soo pergi mana eh ?"aku menjeling Sung Jong di sisi , dia pula memandang pelik ke arah ku .

     "Entah , kau call lah dia ."Sung Jong kembali memandang buku teks korea semula .

     "kau call lah . Kalau aku call karang nampak pelik pulak ."

     "Haa , pelik tak pelik tu aku tak tahu , kalau kau nak tahu mana Myung Soo sekarang kau call lah dia ."Sung Jong menjawab soalanku tadi .

     Aku berfikir sejenak , kalau tak call Myung Soo aku rasa tak senang duduk pulak . Tapi kalau aku call ? nanti mesti dia pelik . Arghh , apa susah aku cakap lah aku ingatkan dia datang nak tolong aku kat sini . Aku berdiri , seraya itu aku dapat merasakan pasang-pasang mata tepat memandang pelik ke arahku .

     "Dah siap ke bab 1 dengan 2 ? yang kau ni tibe-tibe bangun kenapa ?"Hwa Young bersuara bagi pihak yang lain mungkin juga pelik melihat aku berdiri .

     "Aku nak call omma aku jap . Kejap je eh ?"tanpa menunggu jawapan aku sudah berjalan keluar dari rumah .

     Dengan rasa gelora di hati . Nama Myung Soo yang tersenarai di list number ku tekan . Terdengar bunyi yang masih lagi menyanyikan benda yang sama tanda Myung Soo masih tidak menjawab panggilan . Beberapa minit kemudian .

     "Ji Yeon ? kenapa call ni ?"

    Entah mengapa suara Myung Soo menghilangkan rasa gelora di hati .

     "Kenapa kau tak datang rumah aku ? diorang ni bukan tolong aku pun ."aku merungut , aku mengawal suara . Seketika terdengar Myung Soo tergelak kecil .

     "Asal kau gelak ?"

     "Ye ke ni diorang tak tolong kau ? ke kau dah rindu sangat dekat aku ni ?"suara Myung Soo kedengaran sedang mengusik seraya itu aku tersenyum sendiri . Aku rindu dia ke ? Aikk ?

     "Yelah , kesian tengok aku kena buli kat sini ."aku merengek manja . Sejak bila aku pandai mengedik-gedik ni ? Myung Soo kembali tergelak kecik .

     "Yelah yelah , nanti kalau aku datang sana aku buli diorang eh , sebab diorang buli kau ."Myung Soo seakan-akan memujuk kembali mekar senyuman aku ketika itu . Tibe-tibe aku terpampam seketika bila ...

     "Jagiya . apa buat kat luar ni ? kata tadi nak teman I ?"kedengaran sayup-sayup suara gadis di talian sana tetapi aku dapat menangkap suara gedik itu .

     Tanpa sempat aku bersuara , Myung Soo sudah mematikan talian . Entah kenapa senyuman yang tadinya lebar kembali surut bila mengigatkan semula suara manja itu tadi .

++++

Myung Soo Pov

     Aku terkesima buat sekian kalinya bila melihat nama yang tertera di telefon bimbit ku . Cepat-cepat aku keluar dari bilik 'karaoke' itu .

     "Ji Yeon ? kenapa call ni ?"aku sapa lembut .

     "Kenapa kau tak datang rumah aku ? diorang ni bukan tolong aku pun " rungutan dari Ji Yeon membuatkan aku geli hati , aku tergelak kecil .

     "Asal kau gelak ?"aku tersenyum sendiri , Ye . suara tu , kenapa aku teringin benar nak dengar suara tu..

     "Ye ke ni diorang tak tolong kau ? ke kau dah rindu sangat dekat aku ni ?"aku tersenyum nakal .Cehh , bukan Ji Yeon boleh tengok pun .

     "Yelah , kesian tengok aku kat sini ."rengek Ji Yeon lagi tapi kali ini berubah tone manja .

     "Yelah yelah , nanti kalau aku datang sana aku buli diorang eh , sebab diorang buli kau ."aku tersenyum nipis . Apa-apa sahaja berkenaan Ji Yeon mesti membuatkan aku tersenyum sendiri .

     Tibe-tibe aku terkejut bila seseorang memaut lengan kiri ku .

     "Jagiya . apa buat kat luar ni ? kata tadi nak teman I ?"akibat terkejut yang teramat sepantas itu aku mematikan talian .

     "Ahni , I just call Woo Hyun je . Ahh , kajja you kata you nak sambung nyanyi sampai pukol 5 kan ?"aku bersuara berbaur sindiran . seraya itu Ha Ra tersenyum manja memandang aku .

++++

Ji Yeon pov

     Hati mula terasa pijar . Kenapa ? kenapa aku perlu rasa macam ni ? air mata sudah bertakung . Cepat-cepat aku menutup mata cuba untuk menahan air mata dari keluar .

     "Ji Yeon ?"suara lembut menyapa cuping telingaku . Lantas aku membuka kembali mata yang sudah tertutup .

     "Lamanya kau telefon omma kau ."Hwa Young bertanya . Aku hanya mampu tersenyum sebelum menarik pergelangan tangan Hwa Young masuk kedalam rumah .

++++

Ji Yeon pov

     Aku kembali memandang Hwa Young yang masih lagi memberi cadangan dan aku pula menekan 'keyboard' di laptop . Tetapi , lama-kelamaan pandangan terasa berpinar . Aku menggeleng seketika cuba menghilangkan pandangan yang semakin lama semakin tidak jelas . Tabiat 'menggelengkan' kepala dibuat semula bila aku merasakan kepala mula terasa pening .

     Tanpa aku sedar bahu Hwa Young ku pegang . Hwa Young yang melihat mula terasa panik . Seraya itu panggilan dari mereka bersilih-ganti menyapa telinga tidak diendah kerana kepeningan yang melanda .

     dan tibe-tibe . Pandangan menjadi gelap-gelita ..

~

Hari ni satu episod je -.- sory lagu tu tak berapa best dengan chapter kali ni ~_~