Home Fanfic Owner

30 May 2012

Episod 4 > True Love




Ji Yeon pov

     baju berwarna hitam dan seluar track suit itu aku sarungkan ke tubuh . kemudian rambut yang sudah panjang melepasi bahu aku ikat kan . usai semua aku mengambil beg sandang berwarna biru yang sudah tersedia di atas katil tadi disandangkan ke bahu .

     Hwa Young awal-awal lagi sudah berjumpa dengan cikgu Teo , katanya lepas melawat datuknya di hospital dia terus mengambil barang yang perlu bawa untuk lawatan di rumah kami . Untung Hwa Young mintak sebijik rumah macam mintak sebijik gula-gula .

     Sampai dia daun pintu aku terpampam bila melihat Myung Soo sudah tersengih memandang aku . Kemudian , aku menjeling cara pemakaian  Myung Soo yang serba-serbi hitam , waduh ni dah macam tone colour baju aku ni .

     "Aku tahulah aku hensem , jangan pandang aku macam tu boleh tak ?"

     Aku tunduk seketika , AHH ! malunya ! kemudian aku mendongak memandang Myung Soo semula . Dia boleh lagi tersengih ? cehh , aku mencebik , benci ke mengelabah aku ni ? haih , lupakan ! lupakan !

     Aku berjalan pantas meninggalkan Myung Soo yang masih lagi tersengih memandang aku . Buat seketika aku memandang Myung Soo dengan kerutan seribu . Kelihatan ada kereta mewah berwarna hitam tanpa bumbung . Aku masih lagi memandang Myung Soo dengan kerutan seribu cuba mendapat jawapan dari dia .

     "Jomlah dia hantar kita sampai sekolah ."tanpa menjawab apa-apa jawapan , Myung Soo kembali menarik lengan tanganku .

     "Eh , tak payah lah aku jalan kaki je . Sekolah bukan jauh mana pun ."

     Aku bersuara perlahan , takut Myung Soo dapat mengesan suara yang tengah berlawan dengan perasaan sendiri . Takkan aku jeles kot ? 

     "Kau ni , dia nak sangat jumpa kau tau , apa salahnya kau bukak hati kau tu nak berbaik dengan orang . Lagipun lama kot 'scandal' aku tunggu kau . "

     'scandal' ? terasa hati aku kembali terasa pijar . dia nak jumpa aku ? apa masalah pompuan ni ? beberapa saat kemudian aku menoleh memandang Myung Soo , dia menunjukkan muka simpati , buat beberapa saat mata kami berlaga . Kemudian aku mengganguk perlahan . Akibat menghilangkan punca debaran di hati . huhh , selamat ..

     "MyungMyung~ kenapa lambat sangat ni ? ni kawan you tu ke ? apa nama dia eh ? Ji Yeon kan ? Hai , I Ha Ra .."

     Gadis itu memaut lengan Myung Soo sambil merengek manja , manja ke gedik ni ? 

     "Sory sayang .. I tunggu kawan I ni lama sangat , By the way , Ji Yeon ni girlfriend I "

     Aku hanya tersenyum sumbing . Cuba mengnyembunyikan perasaan yang susah ditafsir ketika itu . Hati ? apa permainan pulak yang kau nak berteka-teki dengan aku ni ? cepat-cepat aku menindarkan perasaan yang baru diteka tadi , ye , aku pasti bukan tu jawapan dia .

++++

Ji Yeon pov

     "Tak sangke kau setia pada satu 'girlfriend' kan ?"setelah kereta mewah berwarna hitam itu sudah tidak kelihatan aku menoleh ke arah Myung Soo , sambil tersenyum sinis , terngiang-ngiang peristiwa yang memang membawa parah dalam hati ni . Huhh , lupakan perasaan tu.

     "Kau jeles eh ?"Aku menoleh ke arah Myung Soo yang sudah tersenyum nakal memandang aku , Haih , buat orang lain cair pulak dia ni.

     "Tak de makna lah ."aku kembali pusing ke arah belakang ingin memasuki kawasan sekolah , kelihatan beberapa pelajar sedang sibuk berbual sementara tunggu bas  mereka datang .

     "Kenapa ni ?"seketika aku terpampam bila tangan Myung Soo menarik pergelangan tangan aku . Dengan itu segera aku toleh ke arah Myung Soo . Berkerut seribu wajah mulus itu memandang aku . Buat seketika mata kami berlaga pandangan . 

     "Tak payah buat asmara depan aku lagi lepas ni , please ?"entah apa yang merasuk permintaan aku tadi membuatkan aku sendiri terkejut dengan aksi spontan datang dari mulut aku . Tibe-tibe aku merasakan tangan kanan yang tadi digengam kemas dileraikan perlahan . Dengan peluang yang ada cepat-cepat aku toleh semula ke belakang menyambung perjalanan .

++++

Ji Yeon pov

     "Woiii , Ji Yeon . tadi pompuan mana yang hantar kau balik tadi ?"tergur Hwa Young sebaik sahaja aku menghenyakkan punggung di sisinya .

     "Girlfriend . Eh , bukan scandal Myung Soo .."jawab ku sambil tangan masih lagi sedang membetolkan tali beg haversack backpack itu .

     "Ni sejak bila kau rapat dengan senior kita tu ? Eh , kau tak rasa berwaspada ke ? Myung Soo tu sosial kau tahu tak ? silap-silap hari bulan scandal dia yang bukan main banyak lagi tu serang kau tak ke membawa padah nama nya tu ?"

      Aku memandang pelik ke arah Hwa Young , aikk ,dia ni lupa ke 'prinsip' hidup aku ni ? yang aku tak nak percayakan lelaki .

     "Aku dah tak percaya lelaki dah weyh , cukup-cukuplah aku pernah dikecewakan dulu . "aku tunduk masih lagi memandang tali yang sebenarnya sudah diikat elok . Cuba menyembunyikan wajah yang sudah bertukar mendung . Nak-nak lagi bila sampai ke kantin tadi aku nampak lagi 'tayangan free' .

     "Kau tahu tak ? kadang-kadang jumpa cinta lain boleh buat kita lupakan cinta lama . Tak salah kalau kau nak bagi harapan kat seseorang . "

     Serentak itu aku toleh ke arah Hwa Young yang masih lagi tersenyum memandang aku . Cuba mencari maksud disebalik kata-katanya itu . Betul ke apa yang dia cakap ? suara nyaring cikgu Teo menamatkan sesi mengelamun aku tadi . Cepat-cepat aku alihkan pandangan pada cikgu Teo . Dalam masa yang sama kenapa aku rasa ada orang sedang memerhatikan aku ni ?

++++

Ji Yeon pov

     Selepas bas pertama sampai ke pekerangan sekolah , kumpulan pertama diminta menaiki bas pertama dahulu . Tak sangka pulak si Myung Soo ni pun satu bas dengan aku .

     Selepas mengambil tempat aku duduk bersebelahan dengan tingkap supaya senang mengelamun , eh ?  beberapa minit kemudian bas bergerak perlahan dan kemudian semakin laju . Aku masih lagi melihat pemandangan di luar bas.

     "Woit , kau termenung apa ?"suara garau seseorang membuatkan aktiviti melihat pemandangan di luar bas terhenti seketika . Aku mengelabah seketika bila wajah Myung Soo betul-betul dekat dengan wajah aku .

     "Eh kau ? ma..mana  Hwa Young ? kawan baik kau Sung jong tu mana ?"sedikit bergetar suara aku , 

     "kau ni , tu lah semalam siap bawak buku nota waktu cikgu cakap kat depan . Kan cikgu cakap satu bas ada dua wakil . So , wakil dia Hwa Young dengan Sung Jong . " aku menjeling tajam ke arah Myung Soo bila penjelasan tadi ada berbaur sindiran .

     "So , pergilah tempat duduk kau tu . " aku kembali memandang ke arah tingkap . Cuba menghilangkan saki-baki rasa gemuruh .

     "Tak nak lah nak duduk sini , boleh tengok muka kau lama-lama . "aku terpampam sebentar mendengar potongan ayat dari Myung Soo .

     "Suka hati kau lah .."aku menjawab perlahan ..

     "Haa ? apa dia ?"Myung Soo kembali menyoal , aku merengus kasar , haihh .. mamat ni tak dengar ke saje-saje buat tak dengar .

     "Aku ca....."setibanya aku mahu menoleh ke arah Myung Soo satu kucupan hinggap di pipi kanan aku . Aku memandang Myung Soo . Tiada tanda-tanda langsung rasa bersalah di wajah mulus itu .

     "Lain kali cakap dengan aku jelas sikit eh ? kalau tak macam tadi lah kau kena . "

     Aku hanya terdiam sejenak . Susah untuk tafsir perasaan aku sekarang .Myung Soo ni memang selalu buat aku gemuruh tibe-tibe . Haihh .. aku mengeluh perlahan ..

~
ada watak tambahan disitu -.-' tapi watah sampingan je .

     

     


1 comment:

Miss Oat 익명 said...

myungsoo cium ji yeon? nak jugak ~