Ji Yeon pov
"Weyh , kau ingat lagi tak pasal lawatan ke 'nami island' hari tu ?"mendengar bait-bait bicara Hwa Young , cepat-cepat pergerakan tangan menyusun buku yang berselerak di atas meja .
"Haa , mestilah aku ingat . Lusa kan kita nak pergi ?"usai mengemaskan buku sekolah ke dalam beg sandang , aku mengalihkan pandangan ke arah Hwa Young yang sedari tadi asyik memerhati tindak-tanduk aku ..
"For your info , kita ada tiga bas yang 'angkut' kita kesana , and kau dan aku naik van pertama yang akan bergerak dulu .."
"Really ? huhh , nasib baik aku naik bas dengan kau . " aku mengeluh perlahan , memang lega , kalau aku naik bas lain dengan Hwa Young memang dengan budak junior yang aku tak kenal lah kena duduk sebelah aku .
"But.."mindaku teringat semula berkenaan lelaki itu , ye ,kalau lelaki tu ikut perempuan tu pun ikut , nak lagi diorang tunjuk 'tayangan' free pulak kat situ .Ini boleh mengundang kemarahan , mengudang kemarahan ke , jeles ni ?
Aku mengelengkan kepala cuba untuk mengilang rasa yang sukar untuk ditafsirkan sekarang .
"Yang kau ni kenapa ? tergeleng-geleng . Apa yang kau nak tanya tadi ?"Hwa Young memandang pelik kepadaku . kemudian aku tergelak kecil , memang boleh sah orang yang tengok aku geleng-gelengkan kepala ni dah gila .
"Dong Woon ikut sekali ?"beberapa minit kemudian aku menjawab soalan yang sekarang ni mungkin membelengku otak Hwa Young .
"Haih kau ni , bape kali aku nak cakap kat kau . Just forget about him . boleh tak kau janji dengan aku something ?"
sedikit sebanyak penjelasan daripada Hwa Young membuatkan aku tersedar dari mimpi , kenapa aku masih lagi fikir pasal mamat tu ? patutnya aku tak tanya Hwa Young soalan tadi . Arghh , asal kau tak kuat sangat Ji Yeon ?
"Janji ? for what ?"
"Janji yang kau akan jumpa or layan Dong Woon macam tak de benda yang terjadi . Macam kau layan aku sekarang , as a friend !"sedikit keras ayat terakhir dari Hwa Young .
Seketika aku cuba mengigatkan semula janji yang dibuat Hwa Young tadi . Kuat ke aku nak buat semua tu ? kemudian aku mengeluh perlahan .
"Aku penat Hwa Young , aku penat main dengan perasaan aku sendiri . Hati aku selalu suruh aku kuat harungi semua ni , tapi aku macam..aku tak ade langsung nak usaha lupakan dia . "
"Aku janji dengan kau Ji Yeon , aku akan ada tolong kau lupakan dia ."
aku melemparkan sebaris senyuman kepada Hwa Young kemudian dia membalasnya . sedikit sebanyak potongan ayat itu membuatkan aku lega kembali .
++++
Ji Yeon pov
"Weyh , cepatlah cikgu Teo panggil kita tu ."suara nyaring dari Hwa young membuatkan aku sendiri yang mengelabah tak tentu pasal . Buku yang bereselerak di atas meja , cepat-cepat aku masukkan ke dalam beg kemudian beg warna merah itu aku sandang ke belakang tubuh .
Ye , cikgu teo nak jumpa pelajar yang pergi 'Nami Island' tu ? haihh , ni mesti nak suruh bawak apa esok ni .
setelah sampai di jalan koridor . bagaikan halinlintar yang tengah memanah diri aku ketika itu . serta-merta badan kembali tegang . dua insan ? tengah bermesra-mesra ? sambil mengeratkan jari-jemari ? tanpa aku sedari setitik cecair panas jatuh juga mengikut lentok bahagian wajah . sepantas itu aku mengelap setitik air mata yang sudah sampai kebahagian pipi dengan jari telunjuk .
Aku kembali menyambung jalanan yang tergendala tadi . cuba mengusir pandangan dari terus tertancap pada wajah kacak Dong Woon .
"Kau okey ?"aku menoleh ke sisi , huhh , mamat ni lagi ?
"Aku okey ke , tak okey ke kau kesah apa ?"mendatar sungguh suara aku ketika itu .
"Kau minat kat mamat poyo tu eh ?"Myung Soo menjuihkan bibir ke arah dua insan yang tengah bermesra . Macam tak boleh bermesra kat tempat lain je . Nasib baik cikgu tak sampai lagi , pandai je dia pilih time-time ni . kedengaran aku merengus perlahan . takut ramai yang perasan .
"Kau tak perlu tahu apa masalah aku ."dingin sahaja suara aku ketika itu .
"Kau ni kau tahu tak siapa selamatkan kau dari 'accident' ? tak payah nak jual mahal sangat eh ? aku yang tolong kau , cuba kau membalas jasa sikit"aku mencebik , kemudian aku memandang wajah mulus Myung Soo disisi . Huhh , comel jugak . Eh , apa aku merepek ?
"Balas jasa ? cehh , nampak sangat tak ikhlas nak tolong .."aku menjeling geram ke arah Myung Soo .
"Ehh , Ji Yeon aku kena pergi ni , Atuk aku masuk hospital pulak . Aku dah bagitau cikgu dah , so , malam karang apa yang cikgu inform tu kau bagitau aku kat call lah eh ? oh ya , kunci rumah ada kat kau jugak ken"tersentak aku dan Myung Soo menoleh ke arah empunya suara . selepas mendengar apa yang diberitahu Hwa Young aku mengganguk perlahan .
"huhh .. nampaknya balik karang aku jalan kaki jelah , haih , apalah malang skuter masuk bengkel . dah lah kena duduk rumah sorang-sorang"aku mendengus perlahan .
"Kau duduk serumah dengan Hwa Young , tak tahu pulak aku ? Eh , aku teman kau balik eh ?"serentak itu aku menoleh kearah Myung Soo . Dia tersengih menunjukkan barisan gigi putihnya itu .
"Tak payah nak susah-susah jalan kaki eh , kau kan ada kereta naiklah kereta kau tu . Ni aku lupa nak tanya kau tak jeles ke tengok Na Eun tu ? berkepit sana sini dengan Dong Woon ?"
"buat apa nak jeles ? aku dengan dia 'couple' suka-suka je . aku pun bukan ada hati dengan dia sangat . lagi satu , for your info kereta tu bukan kereta aku , dah ada pak we lain dia soronglah Dong Woon pulak . Aku jugak kadi mangsa balik naik kaki sendiri ."
membutang mata aku bila mendengar bait-bait bicara Myung Soo , padanlah macam tak berperasaan tengok minah tu tergedik-gedik dengan orang lain . macam Dong Woon ni diperguna oleh Na Eun pulak , ada sedikit perasaan tidak enak di lubuh hati aku ketika itu .
"seronok kau kan ? 'couple' seronok-seronok je . masing-masing buat pasangan masing-masing tu simpanan je . takkan ada yang sakit hati ke parah ke kan ?"aku menjawab sinis .
"Kau tahu hidup macam tu lah senang . Tak de tangisan , tak de parah . Kan ?"
Sekali lagi aku terpampam dengar penjelasan Myung Soo , betol ke apa lelaki ni cakap ? Aku memandang ke arah Myung Soo , seketika mata kami berlaga . Serta-merta ianya terhenti bila cikgu Teo datang dan memberi ucapan . kedengaran Myung Soo berdehem berkali-kali . wajahku sudah berubah tone warna merah , yahh ! malunya !
Myung soo pov
"Kau ni boleh cepat sikit tak ? nak simpan buku nota pun bukan main berjam-jam lagi aku tunggu ."aku masih lagi memandang Ji Yeon yang agak kelam kabut memasukkan buku dan pensel-penselnya kedalam beg . Comel pulak dia buat muka menyampah macam tu .
"Aku tak suruh kau tunggu aku , kalau kau tahu aku ni memang lambat berkemas dah lah pergi lah balik ."Ji Yeon menjuihkan bibir . selepas barang sudah elok kemas di dalam beg , dia berjalan pantas meninggalkan aku di belakang .
"Yahh , ji yeon , tunggulah aku ."Ji Yeon hanya memekakkan telinga . Tibe-tibe sahaja hantu apa yang merasuk lantas jari-jemari runcing Ji Yeon aku taut ..
Ji Yeon pov
terbutang kedua belah mata aku . Cepat-cepat aku alihkan pandangan ke arah tangan kiri yang sudah bertaut kemas dengan jari-jemari Myung Soo
"Kau ni kan perempuan satu dalam sejuta kau tahu tak ? aku biasanya bukan aku yang kejar kan perempuan tapi diorang yang kejar aku . Ni dah terbalik pulak .."aku memandang tepat ke arah Myung Soo yang sudah menunjukkan mimik muka merajuk , lambat-lambat aku tergelak kecil disitu . kelakar tengok Myung Soo merajuk macam budak-budak tapi comel . Ahh , aku just cakap dia comel je bukan ada perasaan apa-apa pun .
"Kau ni orang merajuk dia gelak pulak .."ternyata Myung Soo boleh melihat aku tengah gelakkan dia .
"Dah lah jangan merajuk lagi . Macam perempuan tahu tak kau tu dah lah tua , buruk orang tua merajuk gedik kau tahu ? haa,lepaskanlah tangan aku ni ." kataku selamba , entah kenapa Myung Soo boleh melahirkan aura yang tenang jika bersamanya .
"Ehh , ehh selamba dia je panggil aku tua , sory eh perbezaan umur kita ni setahun je eh , aku ni tak delah tua sangat . Lagipun memang aku comel kan merajuk ? And one more thing , aku takkan lepaskan tangan kau ni selagi tak sampai rumah kau . okeh ? so , kajja "
Myung Soo menarik tangan aku yang masih lagi ditaut kemas . Aku hanya membututi Myung Soo kemudian kami berjalan beriringan . Tapi pelik , kenapa aku tak membantah . Ketika itu aku mula merasakan seakan denyutan jantung berjalan laju . Peliknya rasa ni ..
"Ahh , kau nak duduk diam je ke ? ni mana satu rumah kau ni ? ke kau dah suka pegang tangan aku lama-lama ni ?"seraya itu tangan kanan aku menempuk bahu Myung Soo .
"Sakitlah .."Myung Soo meneran kesakitan , beberapa saat kemudian dia tersengih sendirian .
"Rumah aku yang kat depan tu je . kau hantar aku kat sini jelah . Hmm..kau tunggu apa ? lepaslah tangan aku "berubah tone wajah aku ketika itu bila melihat Myung Soo tiada tanda-tanda mahu melepaskan tangan kami yang masih lagi bertaut erat .
sekali lagi aku terpampam bila Myung Soo menarik lembut tangan kiri aku dan kemudian dibawa kedada diikuti membawa ke bibir merah itu . perlahan-lahan dia melepaskan tangan aku .
"Ppyong jagiya.."kata Myung Soo sambil berjalan meninggalkan aku , sempat lagi dia meninggalkan sebaris senyuman yang boleh mencairkan hati sesiapa sahaja .
aku mengeleng-geleng perlahan cuba membangunkan diri dari mimpi indah tadi , eh indah ? lambat-lambat aku mengukirkan senyuman . Ada perasaan halus di benak hati , dan sepantas itu aku menindarkan ia.
~
esok episod 4 :] eden dah ngantuk -.-
1 comment:
myungsoo cute~ jagiya XD
Post a Comment