Home Fanfic Owner

29 May 2012

Episod 2 > True Love



Ji Yeon pov

     Seketika mata aku tertancap pada lelaki yang sedang merenung gadis cantik itu dan kemudian lelaki itu menolak badan gadis itu sehingga berselisih dengan dinding sekolah sebelum bibir mereka bersatu , cepat-cepat aku alihkan pandangan ke arah kantin sekolah yang sudah dipenuhi dengan pelajar-pelajar sekolah lain .

     Huhh , lelaki semua sama je , bila dah pakai kita buang kita kat tong sampah . tibe-tibe hati aku sudah menjadi pijar . Sakitnya , bila tengok orang yang kita sayang dengan perempuan lain ..

     "Woitt , kau ni dah kenapa ?"suara Hwa Young menghentikan lamunan tadi . Aku berpaling memandang Hwa Young yang masih lagi menunggu jawapan dari aku .

     "Ahni , kajja , aku dah lapar dah ni .." baru sahaja tangan aku mahu menarik tangan Hwa Young , pergerakan tadi terhenti seketika bila tangan Hwa Young pula menarik tangan ku supaya kembali ke posisi tadi ..

     "Tu..tu bukan Dong Woon ke ?"aku menoleh ke sisi , aduh , macam mana dia boleh perasan pulak mamat tu ada kat sini . beberapa saat kemudian aku mengeluh panjang mata cuba ditutup rapat cuba untuk menenangkan hati yang sudah sakit parah ini .

     "Can we go now ?"aku toleh ke sisi semula . Cuba untuk mengalih topik asal .

     "Hei , kau tak bagitau apa -apa pun pasal ni ?"Hwa Young masih lagi berdegil . tangan Hwa Young memegang kedua-dua tangan aku . 

     Kemudian aku mengeluh panjang . kalau lah kau tahu betapa sakitnya hati aku sekrang Hwa Young , aku rasa nak bunuh diri dari tingkat 18 .

     "Tak ada apa-apa yang perlu kau tahu Hwa Young , aku dengan dia dah tak ade ape -apa , okey ? nothing ! " sedikit bergetar penjelasan itu . kemudian aku mengalihkan pandangan ke arah lain bila aku mendapati ada cecair panas yang sedang turun dari kelopak mata .

myung soo pov

     " Arghhh . serabut jiwa aku ni !!"aku merengus kuat , kemudian aku menoleh ke sekitar yang memandang semacam ke arah aku .

     "Apa pandang-pandang ?!"laungan aku tadi membuatkan semua orang kembali ke aktiviti asal . huhh ,semua nak menyemak je tengah-tengah jiwa aku serabut ni . kemudian aku meneruskan jalan .

     Teringat semula kata-kata Na Eun tadi , aku dia nak , Dong Woon nak . Huhh semua dia nak . rengus ku perlahan . 

     Seketika mata aku tertancap kepada dua gadis . Eh , wait itu bukan Ji Yeon ke ? budak yang pengsan semalam ? aku terkesima bila melihat ada cecair yang sedang jatuh dari tubir matanya . masalah yang membeleku tadi hilang entah kemana . Dan sekarang ni datang pulak masalah simpati , 

     Tiba-tiba hati ini ingin mengetahui lebih lanjut tentang gadis itu , apa masalah dia ni ? semalam pengsan . Hari ni menanggis pulak .

     Entah apa yang merasuk , secara mengejut aku mendekati ji yeon dengan rasa gelora di hati . tangan putih itu aku tarik supaya mengikut langkah ku . 

     setelah sampai ke padang sekolah aku melepas lembut tangan kanan Ji Yeon .

Ji Yeon pov

     Membutang mata aku melihat aksi spontan dari Myng Soo , betul ke dia ni ? lambat-laut aku mengukir sebaris senyuman , indahnya rasa macam ni . 

     Ehh , apa kau merepek Ji Yeon ?! lupakan untuk mempercayai lelaki ..

     "Gwenchana ? kenapa kau nangis tadi ?"tanya Myung Soo lembut . Sekali lagi aku tersentuh dengan sikap prihatin Myung Soo..

     "Ahni , tak de pape . Saya nak balik kelas .."baru sahaja aku mahu meninggalkan Myung Soo , pergelangan aku ditarik semula ..

     "NO ! kau kena bagitau aku kenapa kau nangis . And can you stop ber'awaksaya' dengan aku . Aku geli orang panggil aku macam tu . Nak-nak lagi orang yang aku kenal baru semalam .."

     selepas mendengar arahan dari Myung Soo aku mencebik perlahan . Huhh , apa kena laki ni ?

     "Perlu ke aku bagitau kau ?"aku menjeling geram ke arah Myung Soo yang menunjukkan tiada tanda-tanda bersalah . Huhh bagus jugak guna panggilan 'akukau' ni .

     tanpa menunggu jawapan dari soalan aku tadi , aku sudah melangkah pergi meninggalkan Myung Soo .

     "Simpan dalam hati lebih menyakitkan Ji Yeon ."jeritan Myung Soo menghentikan pergerakan aku . ye , sekali lagi hati ini bagaikan dihiris sembilu bila mengigatkan kembali peristiwa tadi .

     "Apa yang kau tahu pasal aku , Myung Soo ? kau tak kenal aku,Myung Soo ."terasa bergetar alunan suara tadi .

     "Memang aku tak kenal kau Ji Yeon .."lambat-lambat jawapan dari Myung Soo membuatkan aku mengukir senyuman sinis .

     "Layan lah Na Eun kau tu , kau memang tak pandai jaga orang yang kau sayang ke ? sanggup tengok dia cium dengan lelaki lain . Myung Soo boleh tak kau selesaikan masalah kau tu dah kemudian baru kau selesaikan masalah aku . Kau tak kenal aku Myung Soo . Aku takkan bagitau masalah aku dengan orang yang aku tak kenal ."

     Ye , Na Eun ! pelajar cantik yang digilai pelajar lelaki kat sekolah ni . tapi .. kenapa aku perlu marah dengan Dong Woon ? dia bukan untuk aku lagi . kenapa aku perlu cemburu tengok dia bercium dengan perempuan lain ? Yahh ! stop menanggis Ji Yeon .

     tanpa menunggu lama aku berjalan meninggalkan Myung Soo yang masih lagi terpampam mendengar kata-kata aku tadi , ah , lantaklah biar dia tahu yang Na Eun tu perempuan macam mana .

     "Aku nak kenal kau , da..dan aku nak kenal kau lagi dalam .."sekali lagi jeritan dari Myung Soo membuatkan aku pula yang terpampam . seketika aku cuba menghilang rasa gundah dalam hati . kemudian aku meneruskan langkah yang tadi tergendala ..

++++

ji yeon pov

     "YAHH ! sah Dong Woon tu dah kena guna-guna dengan Na Eun , atau pun Na Eun tu buat-buat syok kat Dong Woon supaya dia tinggalkan kau . Yelah , kau tahu lah kan Na Eun tu kan memang kamching gila ngan Hyo Sung tu , Hyo Sung tu pulak suka kat Dong Woon . Tuptup kau yang dapat Dong Woon , hermm..jadilah.."

     selepas mendengar bait-bait Hwa Young , aku hanya melemparkan sebaris senyuman sebelum melepaskan keluhan berat di bibir .  

     Ada kalanya betul jugak apa yang diberitahu Hwa Young , memang Hyo Sung kawan rapat Na Eun , mestilah dia sanggup buat apa aja demi kawan baik dia ye tak ? huhh , satu lagi kedengaran keluhan berat dihujung bibir aku ..

     "Biarlah Hwa Young , aku dah lepaskan dia , aku harap dia tak datang lagi dalam hidup aku ."mendatar sahaja jawapan yang aku berikan , cuba menghilangkan rasa sedih dalam jiwa . Aku kena lupakan dia . Yess ! lupakan dia !

     "Yup .. aku sokong kau , jangan percaya sangat dengan lelaki zaman sekarang ni , aku harap kau kuat ok ? yang dah lepas tu , lepaslah eh ?"

     Hwa Young menampar lembut bahu aku sebelum dia meminta diri untuk beredar dari situ . selepas penglihatan aku tidak lagi menampakkan bayang-bayang Hwa Young aku menghembus keluhan berat .

     peristiwa tadi bagaikan wayang yang sedang membuat 'tayaran percuma' diahadapn mata . aku menggelengkan kepala cuba menghilangkan peristiwa tadi dari terus berlayar . 

     "kuatlah hati , dia bukan yang terbaik untuk kau.."

~
kalau ada salah tatabahasa sory ye :D







3 comments:

mintgyu said...

Waa! Na Eun & Dong Woon jdi jht. Dua2 saya suka. :'(
Apa pun best lah fanfic awk. Fighthing!!

Nur Shafiqa said...

bang-bang panda : waahh, yeke ? kita pun suka dong woon dengan na eun tapi terpaksa jadi jahat dalam fanfic ni xD btw, kamsahamida ;___;

Miss Oat 익명 said...

kuatkan hati awk Ji Yeon~