Home Fanfic Owner

09 October 2012

Last Letters [OneShot]






Firstly den nak kredit dekat FB -.- Lol, den jumpe cerita ni, tapi den x ingat kat mne -.-' tapi den ada tambah-tambah sikit jalan crite dia. Lol, first time aku baca cerita sebenar dia kan .. Tskk.. sedih gila ;_____; 


          Ehemm..ehemm, Aku ? nama aku Mohd Khuzairi Bin Muhammad. Tiada apa yang korang perlu tahu pasal aku tapi ada satu benda yang aku perlu cerita. Ia tentang kisah hidup ku. Manusia ini tidak lepas dari takdir begitu jugalah aku. Walaupun kita susah untuk terima tapi kita perlu. Yes, we need too.

          Aku dah berkahwin. Isteri aku baik sangat-sangat. Tapi bila yang ganjilnya sewaktu first time aku kenal dengan dia.

          Dia ni cukup cantik luaranya. aku kenal dia di universiti dulu. Waktu kat universiti dulu aku selalu tengok dia dari jauh. Tapi bukan kecantikan aje yang aku pandang. Pada aku dia ni seorang yang kuat pegangan agama. Tengok cara dia 'dress up' pun aku boleh tahu yang dia ni memang orang kuat agama.

          Dekat universiti dulu ramai jugaklah yang nak try dengan dia ni. Tapi yang memelikkan aku dia ni tak macam perempuan lain kalau ada lelaki nak ngorat bukan main kembang hati. Tapi dia ni aku tengok pandang lelaki pun tidak, bukan lelaki je perempuan pun dia macam nak tak nak je layan.

          Sombong ? aku tengok dia ni okay je, dia adalah jugak kawan perempuan tapi bila aku tengok dia dan kawan-kawan dia tu dia macam tak nak bercakap je. Bila kawan-kawan dia gelak dia senyum je. Aku pelik jugak pada mulaya.

          Sebelum tu biar aku bagi tahu nama dia . Nama dia Sofia Adriana. Sedap kan ? Haha.. nama dia secantik orang dia...

          Bila aku dah asyik dok ushar je macam tak gentlemen lah pulak kan ? so aku try rapat dengan dia. Memang mula tu macam nak tak nak lah dia layan. last-last sekali aku bagi nombor telefon aku kat dia. Tapi yang peliknya bila aku tanya soalan waktu kitorang face to face dia tak nak jawab tapi bila kat mesej memang tak sampai seminit dia dah balas mesej aku. Dan lagi satu peliknya dia tak suka aku call dia, dia kata dia malu. Lol

          Waktu tu memang tak fikir apa-apa lah kan sebab terlampau gembira bila dia asyik balas je mesej aku nak nak lagi bila aku cakap aku suka dia, dia pun rupanya sama macam aku. sukakan aku lah ni. Ahaha..

          Lepastu dia cakap baik aku jumpa mak ayah dia cakap kat diorang apa hajat sebenar aku. Aku pun mula-mula tu memang takut gila lah senang cerita nervous lah kan, tapi pasal cinta punya pasal aku pun jumpalah Ayah dia.

          ~

          Waktu first time aku jumpa mak ayah dia ni. Mak dia ni macam terima jelah aku ni, tapi masalahnya ayah dia tu. Wohhh cara dia pandang memang macam nak terkam aku je. Tapi aku buat muka manis je, cehh nak jadi menantunya punya pasal kan. First yang ayah dia tanya :

          "Kamu kenal anak pakcik ?"

          Waktu tu tenang je aku jawab. Ceh, memanglah kan sebab dah buat practise kat rumah. LOL 

          "Tak kenal sangat pakcik tapi insyaALLAH lepas kahwin saya boleh kenal dia lebih rapat lagi."

          Pastu pakcik tu tibe-tibe je marah pastu dia cakap :

          "kalau kamu tak kenal anak pak cik macam mana kamu nak kahwin dengan dia."

          Waktu tu aku sengih je. Semua soalan pak cik tu aku jawab dengan tutur yang lembut lah kan. 

          Waktu aku balik rumah tu Sofia ada tanya aku macam mana jumpa ayah dia tadi. Aku pun ceritalah semua. Pastu dia cakap jangan risau ayah dia mesti terima punya. Aku bahagia je dengar waktu dia cakap macam tu. Haha

~

          Lama lah jugak aku tunggu ayah dia terima aku sampai kan suatu hari tu Sofia hantar mesej kat aku dia cakap ayah dia tanya bila dia nak masuk meminang. Waktu tu aku rasa macam nak lompat atas katil je. Happy punya pasallah katekan.

          "Aku terima nikahnya Sofia Adriana Binti Mohd Zulkarnain dengan mas kahwinnya RM 150.00 tunai." 

          Huhh, waktu tu memang berpeluh gila beb aku rasa macam nyawa aku betul-betul hujung tanduk waktu tu. Huhh . Bila pak imam tu cakap "sah" pastu semua saksi tu pun cakap sah. Huhh lega gila !

~

          Lepas nikah ? kompemlah aku ni suami kepada Sofia Adriana ni kan ? LOL,

          Dekat rumah macam biasalah dia ni memang macam isteri mithali gila beb ! 

          Tapi ada something yang aku macam down sikit. Bila aku tanya berpuluh patah dia hanya jawab setengah patah je macam ..

          "Urmm" 

          Ehh, tapi kadang-kadang dia geleng, kadang angguk, kadang-kadang tak beri respon langsung -.-

          Nak jadi cerita lagi aku ni jenis lelaki yang agak kuat merokok lah. Tapi Sofia ni jenis yang bau rokok memang dia anti gila. Bila dia bau rokok je dia batuk asal bau je dia batuk asal batuk je dia bau. Haha , cemtu lah lebih kurang.

          Tapi disebabkan sayang binikan aku pun dah kurang sikit lah merokok tu. Aku kadang-kadang merokok kat tempat office je lah dan lama-kelamaan aku terus berhenti merokok. Haha, satu prestasi yang bagus kan ?

~

         Ouh lupe nak bagitahu isteri aku ni kerja nurse lah tapi dia ni bahagian ubat-ubatan. Aku ni kalau bau ubat memang mahu pening sampai esok pagi. Bila aku amik dia je mesti aku bukak tingkap sebab tak tahan dengan bau ubat tu .

          Nak jadikan cerita suatu hari tu hujan so tak bolehlah bukak tingkap kan ? aku ni dah pening gila nak mampus . Sampai aku nak bukak mata pun tak boleh dann..

         Dann...

         ~

         Aku rasa aku buat something yang benda paling salah dalam hidup aku. Disebabkan aku kitorang accident dan disebabkan aku kandungan dalam perut isteri aku terkorban. Tapi yang aku bersyukurnya isteri aku tak de cedera parah tapi aku bukan main balut sana sini.

          Disebabkan tu lepas aku sedar bangun-bangun je isteri aku ada dekat situ dia peluk aku kuat gila. Sampai sesak nafas aku. Aku cakap

         "Abang mintak maaf, sebabkan abang anak kita terkorban."

          Pastu dia cakap

         "Mungkin bukan rezeki kita, janji abang selamat dah buatkan Sofia bahagia."

         First time weh aku dengar dia cakp banyak macam tu. 

          Sejak dari situ aku suruh dia berhenti kerja terus. First-fisrt tu dia macam nak tak nak . Tapi alhamdulillah lah dia ikut jugak cakap aku. 

~

         Dah hampir setahun setengah kitorang kahwin tiba-tiba datanglah seseorang. LOL , senang cerita dia ni macam ex waktu aku kat kampus dulu lah. Memanglah mula-mula tu macam orang lain bercinta lah kan. indah sana sini .Tapi lepas aku kahwin dengan Sofia aku terus putuskan hubungan kitorang.

          Dia cakap dia nak jadi isteri nombor dua, dia kata dia tak kisah di poligami. Aku pun terus-terang jelah aku cakap . Aku sayangkan isteri aku, aku tak berani  nak hancurkan hati dia bila aku tengok dia nanggis aku pun nanggis sama . Tapi kitorang nak kenal hati budi masing-masing cuba untuk menjadi pasangan suami isteri seperti orang lain pastu aku cakap aku teramat cintakan dia. 

         Mula-mula tu dia macam tak terima lah tapi lama-lama tu dia dah boleh terima lah. Dan aku dengar pulak dia dah kahwin dengan orang lain. Alhamdulillah. 

         Aku doakan yang terbaik untuk dia..

~

          Sudah hampir empat tahun kami berkahwin dan Alhamdullialah kami dapat rezeki seorang anak. Comel sangat ikut muka mak bapak dialah. HAHAHA..

         Sekali tengok dah macam imam muda kauuu..memang macam imam gilalah. Tengoklah siapa yang ajarkan , ehh,wait bukan aku tapi Sofia :) 

         Tapi lama-kelamaan kebahagian kami bagai dicabut sepenuhnya. Aku dah tak selalu balik rumah , tak selalu main dengan anak aku lagi, tak selalu jumpe isteri aku.

         Kadang-kadang sampai aku tidur dekat office semata-mata aku tak nak tidur dekat rumah kami. Aku sendiri pelik dengan hidup aku sekarang ni.

         mungkinkah sebab aku dah rasa bosan dengan dia ? ye ke ? macam tu ke ? aku pun sendiri tak tahu.

         Tapi kebelakangan ini aku rapat dengan sorang budak office aku ni. Dia cantik kot. Dia pernah cakap yang dia suka aku. Aku tak pulak cakap aku suka kat dia. Mula-mula tu memanglah aku nak luahkan perasaan aku kat dia tapi macamm aku takut..

         Aku takut aku lukakan hati Sofia. Sampai satu hari tu aku terfikir nak melamar budak office tu tapi aku  macam terfikir pulak perasaan Sofia tu.

         ~

         Bila aku dah macam ni siapa lagi yang tak syak ? nak nak lagi SOfia dia mula perasan yang aku ni ada perempuan lain. Sampai dia cakap kalau nak kahwin lagi satu dia suruh cari yang baik budi pekerti yang kuat pergangan agama lepastu dia cakap cari yang menutup aurat sebab dia takut aku kena tangung dosa banyak-banyak.

         Bila nak diikutkan bdak office yang aku nak kahwin ni tak delah baik mana, aku tengok pakaian dia bukan main tak cukup kain. Kadang-kadang aku pun rasa macam nak tambahkan kain je kat baju dia tu.

         Aku mula-mula macam tak keruan lah nak nak lagi bila aku pandang Sofia je mesti ada air bertakung dekat tubir mata dia. Dan start dari situ aku mula sedar aku sedang sakitkan hati seseorang.

         Tapi lama-lama aku pun macam dah cuba untuk renggangkan diri dengan budak office tu

~
          Makin lama aku makin tidak mengenali keluarga bahagia suatu masa dahulu. keluarga yang sentiasa ceria walaupun Sofia tak banyak bercakap tapi cara dia melayan aku membuatkan aku berasa teramat disayangi.

          Sampai suatu hari itu , Sofia jatuh dari tangga, waktu tu aku cemas gila.

          Sampai je di hospital. Aku kaku , tergamam. Perasaan aku waktu tu bercampur baur. AKu terlampau sedih dan aku jugak marah dengan diri aku yang tak pernah hargai Sofia dalam hidup aku..

          Doktor tu cakap Sofia ada cancer tekak dia kata Sofia dapat penyakit tu dah lama dan buatkan di selalu batuk. Lepas tu doktor cakap dia kena tahan sakit bila bercakap. AKu macam..

          Ya Allah ! apa yang aku buat ni ?

          Sampai doktor tu cakap penyakit Sofia makin teruk sebab ianya memberi effect ke jantung. Dia  kata Sofia selalu sesak nafas sebab jantung dia dah kena effect sebab barah tu. Jantung dia makin lemah..

          Aku pelik macam mana dia ajar anak kami mengaji ? doktor cakap ada satu ubat untuk tahan sakit sebagai pelincir dalam tekak. Tapi doktor tu cakap ubat tu mahal mungkin sebab tu Sofia tak selalu minum.

          Aku pulak dengan kejamnya suruh dia berhenti kerja padahal dia nak gunakan gaji dia untuk ubat tu.

          Tapi aku tak sedar selama ni... aku berseronok dengan perempuan lain sedangkan isteri aku menderita. Ya Allah suami jenis apa aku ni Ya Allah ?

          Waktu baru aku sedar dia isteri yang paling baik pada mata aku. Dia jaga makan minum aku dia ajar anak kami mengaji. Dia terlampau baik, aku rasa macam aku tak sesuai untuk menjadi suami dia, Ya, dia terlampau baik. Dia tak pernah melawan cakap aku walau sikit pun.

          ~

          Lepas je doktor cakap macam tu aku terus melawat isteri aku .Dia cuba untuk cakap tapi dia macam..macam tahan sakit. Perit sangat .Lepastu aku cakap. 

          "Jangan cakap apa-apa,kalau Sofia nak cakap, Sofia tulis surat ye sayang ? nanti tekak Sofia sakit."perit gila aku nak cakap benda tu. Dia senyum je. AKu tak tahu senyuman tu untuk menguatkan aku atau pun melemahkan aku. 

          Satu hari tu dia tulis surat kat aku dia cakap, dia terlampau sayang kan aku, dia cakap lagi dia tak pernah menyesal kahwin dengan aku.

          Waktu tu aku senyum je bila baca surat tu. Lepastu aku cakap nak pergi tandas. Dalam tandas tu aku menanggis sepuas-puas. Bia, bialah orang cakap aku tak kuat, tapi yang kenanya aku ! aku menahan semua yang aku rasa selama ni. Aku support dia setiap hari. Aku selalu cakap kat dia jangan tinggal solat. Aku terlampau..

          terlampauu sayangkan dia..

          Sofia Adriana..

~
          AKibat terlalu rindukan kebahagiaan dulu. Aku sempat belek-belek gambar kahwin kami dan hantaran kahwin kami. Ada satu kotak tu, kotak tu untuk hadiah jam yang aku pakai sekarang. Aku terkejut bila dalam tu ada surat ?

          surat ? aku membuka lipatan kertas tersebut.

          Suamiku ,

          Terima kasih kerana menjadikan aku isterimu,
          Aku mungkin cantik di mata lelaki.
          Mungkin ramai yang terpesona,
          Tetapi suara ini bukan milik kita,
          Aku bukan sesempurna yang abang sangka,

          Sofia teringin sangat nak gelak bersama abang,
          Sofia nak keluarga kita bahagia,
          maaf..
          Sofia tak boleh ketawa macam mana orang lain ketawa.

          Jika membaca surat ini meleburkan cinta abang.
          Sofia pasrah,
          Jika membaca surat ini Sofia ada dihati abang,
          Sofia bersyukur.

          Yang benar, isterimu..

          Aku terduduk di lantai rumah. Air mata sudah berjujuran menitis. Aku terkilan dengan perbuatan aku selama ini kepada Sofia, isteri aku.

~

          Dah empat bulan Sofia kat hospital. Aku jaga dia setiap hari, sampai pergi kerja pun kejap-kejap je. Anak kami aku bagi kakak Sofia yang jaga.

           Waktu tu aku serabai habis, langsung hidup aku tak terurus. Sekarang baru aku sedar bertapa lemahnya aku tanpa Sofia.
       
         Dalam keadaan Sofia macam tu aku mintak kebenaran doktor. Aku nak bawak Sofia jalan-jalan. Aku nak teman dia buat saat-saat akhir dia. Aku nak dia lupakan derita, aku nak dia merasai kebahagiaan . Walaupun aku tahu kebahagiaan itu hanya sementara..

          Tapi makin lama Sofia makin lemah, dia nak senyum pun tak larat.. Aku tak tahu apa aku nak buat. Lama-lama aku mula fikir ini mungkin takdir tuhan.

          Hampir setiap hari aku baca yasin untuk dia. Aku biarkan anak kami menanggis di pelukan ibunya..

          Akhirnya tuhan menjemputnya, aku hanya redho dengan ketentuan ilahi. Kesedihan diubati dengan melihat dia pergi dengan tenang.. sempat dia menyebut sya'adah . Aku sempat kucup dahinya buat terakhir kali.

          'Sayang, Sofia sentiasa dalam hati abang..takkan ada peganti lain selain dari sayang.. tunggu abang kat sana ya sayang ? ' - Khuzairi-


+ + + +
Serious aku menanggis sambil aku taip -.- Loulss, semoga kita sentiasa belajar dari kesilapan, tidak perlu menjadi terlalu sempurna tetapi cukup untuk menjadi sempurna dihadapan mata Allah. Dan yang penting sekali kita kena terima ketentuan atau takdir :-)
       

4 comments:

Yuii said...

sedihlah fiqa ='( . ya , pengajaran buat kita . good ^.> and sad :(

Nur Shafiqa said...

sha_98 : kamsahamida :) thanks sebab baca dan komen ;____;

Miss Oat 익명 said...

goshhh~ sedih. kasihan. tak tahu nak tulis apa lagi. memang kaku lepas baca. sedih sangat- sangat.

Nur Shafiqa said...

thanks ;___; kita pun terkaku.. Lol, terharu gile T____T