Home Fanfic Owner

27 August 2012

Mianhae [Introduction]


Annyeong :) post ni sebenarnya untuk introducion bagi Luhan, Yoo Ara dan Juniel . Kena baca part ni sebab ianya membantu -.- cehhh, ayat den -.- Btw, lagu tema untuk Mianhae ni lagu Juniel dengan Yong Hwa - fool :)


#Xi Lu Han



     Kedua belah tangan di masukkan ke dalam poket seluar sekolah , sesekali aku meniup-niup rambut yang sedang menghalang pemandangan . Kaki pula semakin lama semakin malas pula untuk melangkah ke sekolah . Beg sekolah yang ku sandang ke belakang itu dibetulkan sedikit posisinya .

     Tibe-tibe , kedua belah kaki berhenti dari bergerak , memandang dua manusia yang sedang berdua-duan dia dalam kereta itu cukup membuatkan pergerakan aku terhenti. Yoo Ara ? apa ? apa dia buat dengan lelaki tu ? 

     Hati mula dijilat api cemburu , gelak tawa Ara dan senior Kevin itu bagai mencubit-cubit cuping telinga ku . Pandangan masih dihalakan pada kedua insan itu . Kenapa aku tak bergerak langsung ni ? 

     Aku tergamam seketika bila kedua mata milik Ara memandang tepat ke arah aku. Buat beberapa saat pandangan mata kami bergabung . 

     Ara keluar dari kereta senior Kevin. Teragak-agak dia berjalan ke arah aku. Hati ini pula dari tadi tidak surut dari kemarahan .Aishh , tiba-tiba pulak boleh marah ni. Sabar hati sabar..dia dengan senior Kevin tak ada apa-apa punya.

     "Lue.."

     Dia menyeru nama aku perlahan. Aku masih lagi terpaku tanpa sebarang kata. 

     "Ndae , jom masuk kelas."

     Aku berjalan depan beberapa tapak darinya . Hanya membisukan diri adalah cara terbaik buat masa ini. Tapi kalau tanya dia dengan senior Kevin apa hubungan diorang Ara jawab ape ya ? Tapi kalau aku tanya nampak sangat macam jeles.

     "Ara "

     Entah dari mana kekuatan aku memanggil namanya , dia mendongak memandang aku . 

     "Senior Kevin tu ..."

     "Kenapa dengan dia ?"Ara memotong ayat ku , tampak bersemangat sahaja bila menyentuh topik tentang senior Kevin tu . Haihh , sabar sabar ~

     "A..aniyo..kajja kita kena masuk kelas."

     Aku menggigit bibir menahan rasa di dalam hati.

     Aku memejamkan mata buat beberapa saat . Kenapa ? kenapa Ara tak pernah faham yang aku jadi macam ni kerana dia ? kenapa ?!!


#Choi Jun Hee

     Setiap judul buku dia atas rak itu aku tilik dengan teliti . Mana buku bahasa korea ni ? jari telunjuk dari tadi bergerak ke satu buku ke satu buku mencari judul buku bahasa korea. 

     "Yahh, Jun Hee !"aku menoleh ke belakang . Bo Mi menunjukkan barisan giginya . Menyegih ke arah aku , aku hanya tersenyum boleh tahan comel jugak kawan aku ni .

     "Cho Rong mana ?"

     "Dia.."

     "Woihh, aku kat sini lah."Cho Rong tiba-tiba sahaja muncul di belakang Bo Mi , dia memagang buku tebal, Entah buat apa lah buku tu. Nak kata baca ? Hmm..

     "Kau buat apa kat library ni ? macam mimpi je kau datang library ni."Cho Rong menyoal , berkerut-kerut dahinya menunggu jawapan, macam perli pun ada.

     "Ek eleh , siapa yang mimpi sekarang ni ? hehh. eh dah lah aku nak cari isi kandungan bab 3 ni , jom duduk."tanpa menunggu jawapan aku berjalan ke arah meja library . 

     Pandangan aku tebarkan ke sekeliling , beberapa pelajar ada yang sedang khusyuk membaca buku dan ada juga sedang menyiapkan kerja sekolah. Tapi yang sekarang ni menjadi tumpuan aku adalah..

     Dia...

     "Woii, kau pandang siapa ?"Cho Rong juga ikut pandang ke arah yang sama.

     "Siapa ada kat situ eh ? Luhan , Gong Chan dengan Sandeul je kan ? Hmm , mesti kau pandang Gong Chan ni kan ?"Bo Mi membuat andaian sendiri, tak tahu nak balas apa dah kat budak ni .

     "Eh, takkanlah Jun Hee minat Gong Chan . Aku rasa Luhan kot . Sebab Luhan je paling Handsome kat situ."Cho Rong pula menambah perisa andaian. Ehh, andaian ke tu ? tapi memang betul pun .Yang paling handsome kat situ Luhan dan yang sedang menarik perhatian aku sekarang ni Luhan. 

     Perlu ke aku tipu diri sendiri ? aku dah lama perhatikan dia. Setiap saat melihat perempuan lain bersamanya aku mula cemburu, cemburu ? yaa, kenapa dia boleh mengenali Luhan walaupun baru beberapa hari. Sedangkan aku ? sudah dua tahun aku melihatnya dari jauh.

     "Woii, kau ni sesedap perisa je pandang anak teruna orang."ketinggian suara Cho Rong membangkitkan aku pada realiti semula. Lantas aku menoleh ke arah Cho Rong, dia tersenyum geli hati. 

     "Kau tenung apa ? tapi kalau kau dengan Luhan tu sesuai jugak eh ? korang ni dah satu sekolah empat tahun , tapi tak pernah pulak satu kelas. Haih, pelik betul korang ni."Bo Mi menyambung. Aku hanya mendiamkan diri, entah kenapa setiap ayat Bo Mi itu aku fikir dua tiga kali. Sesuai ?

    Sesuai ke aku untuk Luhan ? dia langsung tidak pernah menegur aku apa entah lagi mahu berkenalan dengan aku. Tapi sampai bila ? sampai bila ? 

     Mahu menyakiti hati melihat dia bersama perempuan lain ?

#Yoo Ara


     'Haha, merajuk lah ni ? okey okey, kalau macam ni merajuk lagi ?'

     Aku memegang dada yang mula terasa sesak, Lelaki yang jauhnya beberapa meter dari ku sedang memeluk erat seorang pelajar perempuan. Aku sedang ambil risiko ke sekarang ni ? Ya, aku tahu mencintai Luhan adalah sesuatu yang menyakitkan.

     Tetapi, siapa berani menolak keputusan hati ini ? 

     "Ara ? wae ?"  
   
     Aku toleh ke arah suara itu, senior Kevin memandang aku pelik. 

     Badan sudah mengigil semuanya sekarang bercampur baur . Sedih , geram . Yaa, semuanya . Pandangan senior Kevin yang kerisauan itu seakan-akan menyuruh aku menanggis di depannya.

     Tanpa dapat ditahan aku mendekatkan wajahku ke dada senior Kevin . Air mata semakin deras mengalir di pipi tanpa dapat ditahan lagi .

     "I really hate him !" dalam esakkan yang kuat aku menjerit sekuat hatinya.

     Bialah..bia orang tengok betapa aku terluka saat Luhan bersama orang lain..

     Senior Kevin mendekatkan lagi jurang antara kami, kedua belah tangannya menarik aku supaya lebih rapat dengannya, tangan kanan senior Kevin dari tadi tidak berhenti menepuk lembut belakang badanku seakan-akan memberi kekuatan dalam diri. entah kenapa perasaan sedih ini hanya membenarkan sahaja tindakan Senior Kevin itu. Kenapa ? dia buat semua ni ?

     Yang pasti aku amat menderita kerana Luhan..

     Hati dicubit geram , entah berapa kali aku harus memejamkan mata saat Luhan bersama orang lain, aksi Luhan bersama pelajar perempuan tadi menambahkan perisa kesakitan di dalam hati ini.

     "Jangan terlalu mencintai seseorang itu kalau kita tahu dia bukan yang terbaik untuk kita" Yaa, sudah acap kali senior Kevin memberintahu aku akan ucapan itu . Tapi.. kenapa ? saat ini aku rasa dia yang terbaik untuk aku ! 

     Saat ini aku hanya berserah pada takdir..

     Melupakan seseorang yang kita cintai mungkin mustahil..

     Apa yang mampu aku buat sekarang adalah..

     Memerhati dia dari jauh..

~ ~ ~ ~
Ada salah tatabahasa atau ejaan sila tego ~_~ nobody perfect -..-

    

4 comments:

aishah said...

:O macam best je. cepatlah buat. anyway libarary tuh salah. sepatutnya library :)

Nur Shafiqa said...

aishah : kamsahamida :) sebab betolkan ejaan ;___; btw, thanks sbb baca T___T

Yuii said...

Cepat sambung saeng. Go go go

Nur Shafiqa said...

@sha_pinky98 : gomawo ;____; thanks sebab baca T^T