Home Fanfic Owner

09 July 2012

The Pieces Of Heart [OneShot]


Tittle : The Pieces Of Heart
Genre : romance , angst
~ ~ ~ ~




#1


     Aku menggeleng , kedua belah tangan menutupi kedua-dua telinga ku , air mata cuba ditahan dari keluar . Ini hanyalah mimpi ! ye ! mimpi yang akan sedarkan aku semula ! mimpi yang akan membuatkan aku dapat balik kebahagian yang musnah hancur berkecai ini . 

     Bunyi derapan kasut membuatkan hati aku kembali gundah . Aku menelan air liur yang mula terasa perit . Sunyi ? yaa , tiada lagi suara gelak tawa darinya , suara gurauan darinya , mana ia pergi ? mana ?!!

     "Saya mintak maaf Yorika , I'm really sorry , kalau Yorika sayangkan Kengo . Lepaskan Kengo pergi Yorika , jangan seksa diri kita macam ni ."

     Aku mendongak memandang wajah putih itu , pandangannya kosong memandang aku , tiada lagikah pandangan yang menyimpan seribu makna , manakah ia ? sudah lalikah dia melihat wajah aku ? air mata akhirnya merembas keluar .

     "Tapi kenapa ?"dengan air mata yang berjujuran aku memandangnya , sebak dihati tidak dapat ditahan lagi .

     "Kengo suka orang lain , No..Nozomi ."

     Aku mencari anak matanya , betulkah ini Kengo ? Kengo yang dulunya pernah berjanji mahu hidup semati dengan ku ? inikah dia ? aku memegang dada , hati mula terasa sebak . Aku nak meraung ! tapi kenapa suara tu langsung tak boleh keluar ?

     "Ba..baik kita.."perit ditekak ditahan-tahan , hamburkanlah ayat itu Yorika kau kena kuat demi kebahagian dia dan kau. "...berpisah selelpas hari valentine ."

     Aku duduk terjelopok disitu , hati ini sakit mahu mengatakan ia , sakit , sakit sangat bila mengatakan sesuatu yang kita tak mahu katakan .

 * * * * *


     Rambut yang sedang menghalang pandangan mata belah kanan itu aku selitkan ke tepi telinga , pandangan masih lagi ku alihkan ke calender biru di atas meja cafeteria itu , lagi sebulan nak valentine , dia hanya menemani ku buat sebulan , aku kena terima semua itu .

     Kedengaran aku menghembus nafas penat , penat bermain air mata , penat dilayan seperti orang yang tidak mempunya perasaan .

     "Sorang ?"aku mendongak memandang pemilik suara dihadapan , hampir terkeluar biji mataku bila melihat Kengo dihadapan . Dia tersenyum comel , hati mula diruntun sebak , dia selalu hadiahkan senyuman tu kat aku dulu , setiap masa , setiap saat , setiap hari , tapi sekarang aku hanya melihat senyuman itu bukah lagi khas untuk aku . Ianya kepunyaan orang lain .

     Aku kembali tunduk dan kemudian mengganguk perlahan .

     "Kalau Yorika tak nak cakap dengan Kengo , tak pe , Kengo faham , dan Kengo tahu Kengo sedang seksa hati Yorika sekarang , maafkan Kengo Yorika ."

     Aku memejamkan mata , apakah ini ? aku tak nak menanggis lagi , sudah penat air mata ini keluar setiap hari , aku penat ! Kengo , tidak tahukah engkau yang sekarang ini aku sedang bertarung dengan air mata ? tidak tahukah engkau Kengo ?

     Aku kembali mendongak , kelihatan Kengo tidak lagi disitu , aku alihkan pandangan pula ke arah luar cafeteria , kelihatan dia sedang berjalan pergi meninggalkan cafeteria , entah apa yang merasuk aku berlari mendapatkan Kengo .


     Lengan bajunya aku tarik sedikit , dia berpusing memandang aku . Aku hanya terdiam dan terkaku di situ . 

     "Jom pergi gelanggang tennis ."aku masih lagi tunduk . Entah boleh diterima ke tidak alasan aku tu ye ? aku nak di sisi dia , aku nak sangat..sangat..

     "Gelanggang tennis ?"dia menyoal , aku mengganguk .

     "Okay , untuk hiburan je kan ?"dia mnenyoal lagi , kenapa dia perlu tanya soalan itu ? sudah padamkah nama aku dalam hatinya ? sedaya upaya aku mengiakannya , yee , aku sudah tidak wujud dalam hidupnya . Aku mengganguk 

* * * * *

     Aku tersenyum sendiri , terkial-kial tangan Kengo mahu membalas bola tennis itu , dia memang kacak bila buat muka serius macam tu , dia baik dalam semua segi . Pemain tennis yang baik . Dan..dan seorang yang baik menjadi kekasih seseorang . Hati mula diruntun sebak . Aku tak boleh lupakan dia , sungguh aku tak bleh lupakan dia . Betapa peritnya melihat dia bersama orang lain . Perit...

     "Yorika ? jom kita balik ."aku mendongak memandang Kengo , tak sangke mengalum sampai tak nampak yang Kengo dah habis main tennis .

     "Jom ."aku menjawab perlahan .

     Keluar sahaja dari gelanggang tennis itu aku memandang Kengo yang sudah jauh ke hadapan itu , pantas aku mendapatkan dia , lalu tangan itu aku paut .


     "Kengo , jom pergi karoake , kita nyanyi lagu kegemaran Kengo sama-sama nak ?"aku memandang Kengo ceria .

     "Yorika.."dia membalas pandang , sedikit berkerut wajah itu memandang aku .

     "Jangan buat macam ni lagi lepas ni ."aku mengerutkan dahi , jangan buat macam ni lepas ni ? terus pandangan dihalakan ke arah tangan kanan ku yang sedang bertaut dengan tangan kirinya , apa ? apa yang aku buat ? aku hanya pegang....perasan akan itu aku terus meleraikan pegangan kami .

     "Maaf ."aku tunduk , 

     "Kita tak patut buat macam tu patutnya , sori Kengo .."hati diruntun sebak , aku nak nanggis ! kenapa ? kenapa aku tak kuat dengan dia , sakit hati ini mendengar setiap perkataan yang keluar darinya , tiada langsungkah perasan cinta yang masih terpendam dalam hatinya buat aku ? 

     "Yorika balik dulu ye " aku berlari meninggalkan Kengo , takut , takut perasaan sedih ini tidak dapat ditahan lagi .

* * * * *

     Aku berjalan , berjalan dan berjalan , entah kemana aku nak pergi ? dimanakah tempat yang boleh menghilangkan rasa sedih ini ? manakah tempat yang boleh aku buang semua perasaan ini ?

     Aku berhenti , berhenti di bangunan besar ini , ada tercatat kenangan manis disini , kenangan yang melucukan , kenangan yang takkan aku lupakan sampai sekarang .

Flashback

     "Cik , boleh bagi kami borang pendaftaran perkahwinan ?"Kengo memulakan bicara , 

     wanita dihadapan ini menunjukkan muka meluat , pelik semua ada , haha , pelik agaknya melihat kitorang yang tengah pakai baju sekolah ni .

     "Mengada-ngada betul budak dua orang ni ."mulut wanita itu terkumat-kamit , sambil menyerahkan borang tersebut .

     Aku dan Kengo tersenyum ceria .

     Sampai sahaja di rumah , aku dan Kengo kembali merenung borang tersebut , kami berpandangan kemudian tergelak terbahak-bahak , memang sah gila kitorang ni . 

     "Kita isi borang ni awal-awal lepastu lagi empat tahun kita terus hantar borang ni okay ?"

     "Yeay "aku bersorak gembira .

End of flashback

     Setitik , dua titik , akhirnya bunyi esakkan kedengaran juga ketika itu , aku ingin kahwin denganya , ingin kan dia , mahu bersamanya setiap waktu , masa dan saat .

     'Hati kuatkah aku ? aku tidak mampu memandang perempuan lain di sisinya selain dariku .'


* * * * *

     Aku berjalan masuk ke dalam kedai buku , pandangan dialihkan ke setiap judul buku di rak kedai buku tersebut . Aku berhenti , memandang salah satu judul buku tersebut .

     ini buku yang Kengo suka baca , terus buku tersebut aku peluk dengan kejap . Tapi kenapa aku harus ingatkan dia ? sedangkan aku langsung tiada di hatinya kini . Ahh , aku kena lupakan dia , 

     Terus aku berlari keluar , sampai sahaja di tempat pembayaran .

     "Cik , boleh kami tengok beg anda ?"seorang pegawai polis menyoal , aku hanya mengganguk sambil membarikan beg sandang ku .

     Polis itu mengeluarkan satu-persatu isi dalam beg ku , entah macam mana salah satu dari isi beg itu adalah buku kegemaran Kengo tadi . Bila masa aku curi buku tu ?

     "Maaf cik , sila ikut kami ke balai ."aku terkasima , tangan kasar itu sudah menarik pergelangan tangan ku .

     Baru berapa langkah aku mengikut langkah polis tersebut , tibe-tibe ada seseorang yang memegang pergelangan tangan ku . 

     "Nanti , dia tak bersalah encik ." aku menoleh , Kengo ? apa dia buat di sini ?

     "Saya kenal dia , dia benci orang yang mencuri , saya kenal sangat dia encik . Tolonglah dia tak bersalah encik . sebab.."aku memandang Kengo , aku rindukan dia ! "Saya sentiasa ada dengan dia encik , saya merayu lepaskan dia ."aku terkesima , jantung mula berdegup kencang , apa yang kau cuba mainkan perasaan aku Kengo ? aku terlalu sayangkan kau .

     "Maaf tuan , saya jumpa semua buku ni dalam baju mereka ."tibe-tibe seorang lagi pegawai polis menghampiri kami bersama dua orang lelaki di sebelah kanan dan kirinya . Polis tadi memandang kami semula .

     "Maaf kerana tuduh cik ."dia tunduk beberapa kali , 

     "Tak mengapa . Jom Yorika ."balas kengo perlahan lalu menarik pergelangan tangan ku .

     Kami keluar dari kedai buku tersebut . 

     "Terima kasih Kengo ."aku mengucap perlahan .

     "Sama-sama , lain kali hati-hati okey ? Kengo just..tak suka orang buat macam tu kat Yorika , dah lah jom balik , dah nak hujan dah ni , Yorika kan senang sakit , karang demam pulak ."

     "Baik ."aku menjawab perlahan lalu berdiri tegak di posisi tadi , aku mengelap air mata yang mula menitis dengan belakang tangan .

     Aku terlalu sayangkan dia , tak mahu berpisah dengan dia ..

* * * * *

     Aku memandang sekeliling sekolah , kelihtannya aku seorang sahaja yang berada di sekolah ketika itu . 

     "Nozomi sejuk ."segera aku mengalihkan pandangan ke arah atas tingkap bangunan sekolah . Tingkapnya terbuka luas membolehkan aku melihat setiap perlakuanya .

     "Kenapa tak bawak 'sweter' pergi sekolah ?"suara lelaki itu ! aku kenal suara itu , suara yang aku cinta selama ini , suara yang aku selalu dibuai lembut dengan kelembutannya . Aku masih lagi memandang ke tingkap tersebut .

     "Lain kali jangan lupa-lupa lagi eh ? nanti Nozomi demam lagi , susah je ."berkaca-kaca tubir mata dengan setiap patah perkataan Kengo itu . Aku tersentak bila Kengo memeluk badan Nozomi dengan erat bagai membantu Nozomi untuk mengalirkan haba dari badannya .

     Dia pernah buat kat aku macam tu ! sama ! kenapa dia perlu buat perkara yang sama dia pernah buat dekat aku pada orang lain ? kenapa ? 

     Aku berlari , berlari dari sketsa yang memeritkan , tangan kanan memegang dada yang mula terasa ngilu .


* * * * *


        Aku memandang setiap keping gambar bersama Kengo . Dia tersenyum ceria , memeluk aku dengan erat dan yang paling aku rindui selama ini , pandangan yang dia berikan pada aku . Ye , pandangan itu aku rindukan pandangan itu ! pandangan yang penuh dengan kasih sayang . Tapi kini , ia hilang dengan sekelip mata . Aku menanggis , meraung . Kelakuan dia buatkan aku terseksa . Sangat terseksa !

     Esok ? ya , sedar tak sedar hari velentine akan tiba esok . TIbalah hari itu bermakna tibalah saat yang paling aku geruni , saat yang takkan aku doakan tiba . Aku mengehembus nafas berat . Pasrakah aku ? sudah lupakah aku saat manis kami bersama ? Tak ! aku takkan lupakan ! setiap masa aku mengigati dia dalam masa yang sama aku harapkan waktu esok takkan tiba . Aku tak nak kehilangan dia ! aku taknak !

     Mata dipejam serapat-rapatnya , Menelan setiap kepahitan dan kepedihan . Berhentilah air mata dari keluar , ianya pedih , pedih menerima semua ini . Kuatkanlah aku .

* * * * *



     "Pagi Kengo ."aku menepuk lembut bahu Kengo sebaik sahaja sampai di depan sungai berdekatan dengan rumah Kengo . Kengo menoleh . Aku melemparkan senyuman dan turut dibalas dengan senyum penuh kepaksaan .

     "Pagi ."dia membalas pendek .

     "Kengo ingat ? hari ni patutnya anivessary kita ? Haha , tapi mungkin tak dikira bulan ke lapan kot , sebab kita..kita kan dah lama berpisah , haha , apalah Yorika ingat masa dulu . sory Kengo ."aku menjelaskannya dengan ceria , tersimpul senyuman di wajah ini , senyuman yang bukanya datang dari hati yang gembira .

     "Yorika.."baru sahaja kengo ingin menyambung ayatnya aku sudah memotong .

     "Kengo , Yorika nak bagi Kengo sesuatu ."aku membarikan kotak yang berbalut hadiah tersebut , dia menyambut . 

     "Bagilah coklat tu dekat Nozomi .."aku menelan air liur , peritnya .

     "Eh , tak salah lelaki luahkan perasaan pada hari velentine ."aku menyambung lagi , sedaya upaya mengawal riak suara . *Di jepun selalunya perempuan yang meluahkan perasaan*

     "Kengo , terima kasih sebab jadi teman dan kekasih yang baik buat Yorika " aku menunduk takut air mata mula jatuh dihadapan Kengo .

     "Kengo baik , terlalu baik . Berterus-terang meminta putus dan cakap suka kat orang lain ."aku kembali mendongak memandak Kengo . 

     "Kalau lelaki lain dah lama diorang main kayu tiga sampai sanggup lukakan semua pihak , tapi ... Kengo tak macam tu .."aku mengetap bibir , sabarlah hati , luahkan segalanya !

     "Yorika nak sangat marah Kengo tapi Yorika kagum dengan sikap Kengo tu . "aku tersenyum kelat , 

     Senyap..

     Aku kaku , diam tanpa kata , aku tak boleh tipu diri aku yang aku begitu sayangkannya !

     Kelihatan air mata mula menitis mengikut lentok wajah , perasan akan itu , aku berpusing membelakangi Kengo .

     "Pergilah Kengo ! luah kat dia , apa yang Kengo rasa sekarang ."akhirnya air mata mula merembas keluar , keluar sehingga tiada hentinya . 

     Bunyi derapan yang sudah sayup-sayup kedengaran itu membuatkan aku pasti , sekeping hati Kengo tidak akan tertulis lagi nama aku .

* * * * *

After 3 month

     Aku memasukkan semua alatan sekolah ke dalam beg . Sekejap aku mencuri pandang ke sekeliling kelas , tiada orang . Hanya aku ? 

    "Apa ni Kengo ? ni semua gambar Yorika ? apa yang Kengo buat ni ?"pergerakan terhenti , ada orang cakap nama aku ? nama Kengo ? aku berlari keluar dari kelas . mencari dari mana datangnya suara itu .

     "Nozomi , jangan ingat Kengo tak tahu yang Nozomi ada lelaki lain di belakang Kengo !"aku terkasima apa yang diorang buat tu ? kelihatan Kengo dan Nozomi memandang sesama mereka . 

     "Lelaki tu..."Nozomi terdiam . Wajahnya nampak pucat . Kenapa ?

     "Nozomi , i think we should end this . Kengo tak pernah berhenti cintakan Yorika , itu yang pasti Nozomi ."

     "Pergilah cari lelaki lain Nozomi .."Kengo menyambung lagi terus dia berjalan keluar dari kelas .

     Aku terkesima , tangan kanan menutup mulut , yaa , selama 3 bulan aku mengharapkan dia kembali ke hidup ku , kembali semula ke pangkuan ku . 

     "Yorika ?"aku berpusing memandang Kengo , terus badan tegap itu aku peluk dengan kejap , terasa Kengo juga turut membalas pelukan itu .

     "Maafkan Kengo , Yorika , Kengo tahu Kengo tak layak untuk Yorika . Terima Kengo balik Yorika ."getar suara itu membuatkan hati ini diruntun sebak .

     Aku mengganguk perlahan , makin erat pelukan Kengo di sisi ini .

     'Dalam waktu yang sama seseorang memandang mereka dengan hati yang terluka , pergilah Kengo , pergilah ke Yorika , dia adalah kebahagian kau dan bukan aku . Nozomi , ye bukan aku !'

~ ~ ~ ~ ~

Maaf , den memang tak reti nak buat happy ending , sory den tahu cerita ni memang langsung tak sedih -.- tetiba je melalut , thanks for reading this ;>

2 comments:

Miss Oat 익명 said...

lagu tu sepadan degan cerita ni. Fi tak boleh nak tahan sebak bila Yorika ditinggalkan. Daebak~ teruskan usaha anda dengan lebih gigih lagi, fighting!

Nur Shafiqa said...

ken ? Tskk. thanks T_T