#1 day ..
Pandangan dihalakan ke seluruh kantin . Dalam diam aku memerhati setiap pelajar yang sedang bercakap dan yang tengah makan ? Haihh .. diorang ni nak lari karang 'kendong' lemak sekali ke ? aku mengutuk seranah pelajar sekolah ini , sah , memang teruk , aku kena stay kat sekolah sampai petang karang . Huhh , aku nak tido !! tak tahukah dikau cikgu ? sudah penat belajar di siang hari . Tskk ..
"Woii , dah-dah lah tu berangan , jomlah latihan rumah sukan dah nak start dah ni ."suara Ga Yoon menerusi ke cuping telinga , pandangan dihalakan pada wajah putih Ga Yoon .
"Okay , aku nak pergilah ni . Jomlah ."aku menarik pergelangan tangan Ga Yoon , seraya itu aku berjalan ke padang .
"Okay , aku nak korang semua buat baris , tapi ikut pendek lepastu tinggi . Okay ?"lantang suara lelaki itu membuatkan aku tergopoh-gopoh mencari siapa kah gerangan yang lebih tinggi dari aku ni , selepas siap memelih tempat aku kembali memandang depan , lagaknya bersemangat sahaja tapi dalam hati .. Tsk .
"Okay , bersedia ! rehat diri !"aku membuka sedikit 'kangkangan' kaki daripada berlaga dengan kaki kiri , kemudian kepala didongak memandang ke wajah .. wajah tu .. hensemnya ! kacaknya dia ! sedikit terpana aku memandang wajah mulus itu .
Dalam diam aku memnuji wajah lelaki itu , ya dia tampak sempurna dengan seluar trek-suit dan baju tanpa lengan itu , arghhh ! seksinya dia ! seksi ke seksa ? Tsk..
"Kaki kanan hentak sepuluh kali dua tiga !"aku termangu-mangu sekektika , suaranya yang lantang itu sesiapa sahaja membolehkan orang kecut perut , termaksuklah aku ,
Memang tak padan langsung dengan muka dia yang hensem tuh !
Setelah beberapa minit disitu akhirnya suara lantang itu kembali didengar ,
"Okay , ini percubaan terakhir . Lepas ni korang boleh balik !"
"Kaki kanan hentak sepuluh kali dua tiga !"terkial-kial aku mengangkat kaki kanan sepuluh kali , dua tiga ? apabenda tu ? Haih , tulah akibat asyik tenung muka anak teruna orang lain , akhirnya aku hanya mengikut langkah kaki Ga Yoon disebelah .
"Dua tiga !"bergema dewan dengan suara pelajar yang sedang kawat , kecuali aku ? menyebabkan ingin mengikut sama suara itu , kaki kanan dan kiriku entah dihentak ke berapa kali .
Perasan akan itu aku mendongak memandang lelaki dihadapan , dari lirikan mata , jelas dia menunjukkan muka bengis mungkin bila melihat kaki ku sudah silap langkah . Aku mengigit bibir cuba menahan malu bila melihat mata lelaki itu arah ke aku , haihh , kenapa boleh silap ni ?
"Okay , tak pe , tapi aku nak minggu depan muka-muka ni yang aku nak tengok minggu depan , jangan tak datang sudah . Okay , kita bersurai .."mendengar arahan itu aku menghela nafas lega , Huhh , nasib tak kena marah dengan abang senior tu .
Ye, dia senior di sekolah aku , dan mungkin akan berakhir di sekolah ini pada tahun depan , tapi macam kenal eh nama dia , ape dia eh ?
"Weyh , tu Chi Hoon oppa ken ? Wahhh , handsomenya dia ! kalau aku dapatkan dia , aku nak tonyoh-tonyoh muka dia sebab comel sangat .Tapi aku dengar dia tu dah 'insaf' dari jadi playboy ."
Ternganga aku bila gadis bertocang dua itu menjelaskan kehendaknya , memang hingga saat-saat akhir pun kau takkan dapat tonyoh muka dia , ade ke patut kalau comel di tonyohnya muka tu , hishh ..
Seketika aku tersedar dari lamunan dan lebih tepat mencuri dengar perbualan mereka dua ni , cepat-cepat aku alihkan pandangan bila dua orang gadis itu memandang tajam ke arah aku ..
Sampai sahaja di luar sekolah aku mengeluarkan telefon bimbit , mencari nombor telefon omma . terus punat hijau ditekan .
Aku merengus geram , huhh , perbualan telefon bersama omma tadi memang membawa penat . Memang tak masuk akal langsung kena tunggu kat sekolah lagi sejam setengah , Arghhh ! aku nak balik !
"Yang kau tak balik-balik lagi ni kenapa ? nak jadi guard kat sini pulak ke ? gantikan mak guard kita yang tengah tidur kat pondok tu ."terjuih mulut kacak itu menunjukkan ke arah pondok guard itu ,
Hampir terbutang dua biji mata aku bila melihat mak guard yang sedang tidur di atas kerusi dalam pondok itu , haihh , kalau nak tidur pun ye ke tutuplah pintu tu dulu. Kemudian aku alihkan pandangan ke arah laki dihadapan . Huhh , memang hensem . Baju tanpa lengan dan seluar trek suit nya itu menambahkan lagi kekacakan yang sedia ada .
"Kau nak telan aku ke apa ? tak pernah tengok muka hensem lagi kacak macam ni ?"aku berhenti dari menatap wajah kacak itu , cehh , boleh tahan jugak kerek si mamat ni .
"Kenapa tak balik ?"bisiknya lembut ditepi telinga , yee , rapatnya muka dia dengan muka aku .bibir bawah ku gigit , cuba menghilangkan rasa malu .
"Pukul 6 karang baru Ha Na balik ."arghh ! hentam sudah , tak tahu pangilang apa yang patut digunakan .
"Ouh , but , apa kata pada kau buang masa kau sejam nak tunggu omma kau balik , kita buat something yang orang takkan buat ."
Aku mendongak memandang wajah kacak disebelah , 'something yang orang takkan buat' ? ahh , sudah apa dia nak buat ni? sedar tak sedar , wajah Chi Hoon mendekatkan dengan wajah aku , hidung muncung itu sedikit sentuh dengan hidung ku . Tekak terasa sakit , nak telan pun dah macam batu je rasa ,
Dia tersenyum memandang aku mungkin sedikit lucu melihat kekalutan wajah aku , satu..dua..tiga saat kemudian , terasa tangan kanan ditarik lembut . siapa yang tarik ? Arghhh ! Chi Hoon tarik tangan aku ? yahh , terasa kaki tidak langsung berpijak di bumi yang nyata .
* * * * *
Pandangan dilemparkan ke luar cafeteria itu , sedar tak sedar senyuman masih melekat di wajah , peristiwa petang tadi membuatkan aku tersenyum sendiri , ye , sekali tengok aku ni macam baru keluar dari hospital tak siuman je rupanya ,
Flashback
Aku merengus kasar , apa ni ? aku ingat dia nak buat apa kat aku tadi , seketika aku melorotkan mata ke suasana sekolah , sunyi . hmm , memang sunyi . Acik kantin pun aku rasa dah balik .
"Yahh , awak nak buat apa ni ? saya penatlah nak kawad lagi !"volume suara terpaksa dikuatkan memandangkan Chi Hoon berada jauh sikit dari aku yang sedang berdiri tengah-tengah panas ni , Huhh , memang membawa menipiskan iman .
"Aku tak kira kau kena buat macam ni 50 kali . Pastu kalau kau nak balik ke balik lah ."dia juga sedikit menjerit , bagus betul dia ni , duduk dekat bawah atap aku ni duduk kat bawah matahari !
Dengan wajah mencuka aku meneruskan jua menghentak kaki ni , mahu tak subur rumput ni sebab kena hentak dengan kaki aku ni !
Hampir 20 minit 'kawad' yang tak berapa nak kawad ni aku buat , aku sudah jatuh terjelopok di atas rumput . Argghh ! ni lah padahnya kalau aku terlalu penat , semua anggota badan dah tak berfungsi dah ..
"Ya..yahh.. Ha Na , Gwenchana ?"dengan pandangan yang sudah kabur aku memandang Chi Hoon sedang berlari anak mendapatkan aku , hehe ~ sukanya part ni .
"Kau demam ni . Chinchaaa .. kenapa tak bagitahu aku yang kau sakit ."jelas terpanpar wajah risau di wajah kacak itu ,
"Ah..ahni , Ha Na okey , kalau Ha Na penat nilah jadinya ."aku menerang serba sedikit , terasa nak pitam semua pun ada , tapi kenapa aku tak pitam ? sebab lelaki dihadapan inikah ?
Terasa badan dilambungkan , membutang mataku melihat keadaan aku dan Chi Hoon sekarang , yee , dia dukung aku ? Tskk .. rasa nak nanggis pun ada !
End Of Flashback
Aku berjalan keluar meninggalkan cafeteria dengan senyuman yang masih melekat di bibir dah memang macam kene gam uhu je , cakaplah aku ni orang gila ke hape ke , tapi yang aku tahu perasaan ni buat aku jadi tak betul sekarang !
Pergerarakan terhanti sebaik sahaja dua pasang kaki sudah berhenti dihadapan aku , aku mendongak sedikit memandang gerangan dihadapan , Jin Young ?
"Ha Na , nak pergi mana ?"dia tersenyum comel , entah kenapa senyuman comel itu langsung tidak mencairkan hati ini . Kenapa ? sudah acap kalikah aku melihat senyuman itu ? ataupun aku sudah jumpa senyuman yang lagi comel dari ini ? Chi Hoon ? mungkin ?
"Ahh , Jin Young . Ha Na nak balik rumah ."manis sahaja kedengaran lontara itu ,
"Ahh , arasoe , kajja Ha Na , Jin Young pun nak balik rumah jugak , Jin Young temankan eh ?"Jin Young tersenyum comel lagi sekali .
Yee , memang rumah Jin Young dekat sangat dengan rumah aku , sampai nak balik sekolah pun kitorang balik sama-sama . Haih , dan waktu tu aku kena soal jawab dengan peminat Jin Young , haih nasib-nasib ..
* * * * *
Pandangan dialihkan ke setiap sudut restoran mewah itu , restoran mewah ini membuatkan aku terpukau sendiri , yee , aku kena mengaku , aku tak pernah makan kat sini ! dan saat itu , pandangan hanya dialihkan ke satu sudut , sudut ? ya , tepi tingkap restoran itu ! Chi Hoon ? apa dia buat kat sini ?
Sedang aku asyik melihat wajah kacak itu , lelaki dihadpan menegur aku .
"Ha Na kenal dia ?"terkial-kial aku memandang wajah Jin young dihadapan .
"Siapa tak kenal dia ? hensem , pandai , kaya . Paakej !"aku menerangkan satu persatu , haihh , macam semangat gila je aku ni .
"Jin Young tak hensem ?"akhirnya segaris senyuman itu hilang dari wajah ku , wajah Jin Young aku pandang , hampa , sedikit hampa tercalit pada wajah itu .
"Haha . Kalau Jin Young tak hensem takkanlah ramai orang tanya Ha Na ada hubungan ke tak dengan Jin Young bila kita keluar berdua kan ?"aku kembali menceriakan suasana , Entahlah , susah nak cakap bila tengok muka Jin Young macam ni , boleh sakit jantung tak tengok dia senyum !
"Tapi kalau sejuta orang cakap Jin Young hensem tapi bukan Ha Na , it gonna be same ! biarlah apa orang nak kata ,yang Jin Young tahu Jin Young suka diorang anggap kita ni kekasih ."
Hampir tercengang aku mendengar pengakuan berani mati Jin Young ini , sudah gila kah dia ? pengakuan apa ni ?!
"Mianhae Jin Young-ni , Ha Na kena balik dulu , jumpa esok ya ? Ha Na pergi dulu ."aku pergi meninggalkan Jin Young , entah kenapa aku jadi macam ni ? gembirakah aku mendengar pengakuan cinta dari seorang jejeaka kacak itu ? tapi .. kenapa aku tak boleh tersenyum gembira ?
"Ha Na , gewnchana ?"seseorang menarik tanganku dari belakang , yee , macam pernah ada orang sentuh aku macam ni dulu , tangan dia lembut macam perempaun tapi suara lelaki . Pantas aku menoleh kebelakang . Chi Hoon ?
"Chi Hoon oppa ? waa..waeyo ? what are you doing here ?"aku bertanyakan soalan , Hmm , baguslah dah dua-dua tanya siapa nak jawab ? mula terasa muka memanas bila tangan kanan itu masih lagi mengengam erat tangan kanan ku .
"Kau okey ? susah hati aku tengok kau mengelabah tak tentu pasal tadi , ni mesti lekaki tu buat tak baik kat kau kan ?"aku memandang Chi Hoon , bahagia dihati tidak dapat ditahan lagi , pelik kan ? Jin Young luahkan perasaan kat aku pun aku tak gembira sedangkan dia ni , baru ambik berat sikit dah rasa macam terbang kat awan je .
"Ahni ,Ha Na okey , okey sangat ."pantas tubuh tegap itu aku peluk , rasa bahagia yang tak terucap sememangnya boleh membawa kepada perkara yang kita lakukan di luar jangkawan . terasa pelukan itu dibalas , kemudian aku terasa bahu kanan ku dicium lembut , aku menoleh sedikit ke arah bahu ku , kepala Chi Hoon berada di atas bahu ku , aku tersenyum lagi .
"Yahh !"
Dunia terasa gelap , seseorang meleraikan pelukan itu ,apa kah ini ? tak boleh tengok orang bahagia sikit ke ?
Muka Jin Young aku tatap , bengis betul muka dia ye ? tak pernah aku tengok dia macam ni .
"Waee ? apa ni Ha Na ? kenapa tak bagitahu Jin Young yang Ha Na sukakan dia ? wae ?!"suara itu lembut kedengaran walaupun ada terselit tegasnya , hampa , kali ni muka itu hampa , hampa disebabkan aku kah ?
"Jin Young , Ha .. Ha Na tak bercinta dengan Chi Hoon ."
"Jin Young , ndae , bagi Ha Na masa , e..esok , ye esok , Ha Na akan beritahu semuanya . Mianhae , Ha Na nak balik ."seraya itu aku berjalan meninggalkan Jin Young dan Chi Hoon .
* * * * *
Aku termenung , termenung dan termenung , apa yang aku nak buat ni ? kenapa aku perlu lukakan perasaan Jin Young ? sedankan dia adalah lelaki sebaik-baik lelaki yang aku kenal . Ye , sekarang juga aku pasti , cinta aku hanya untuk lelaki bernama Chi Hoon , tapi adakah dia juga membalasnya ? adakah aku akan menunggu cinta darinya sampai ke tua ?
Tiba-tiba pintu diketuk dari luar , aku menoleh ke arah pintu , kelihatan omma sedang tersenyum ke arah ku , aku juga membalasnya .
"Kenapa dengan Ha Na ni ? omma tengok setiap hari termenung je kerja ."omma memulakan bicara
"Ahni , Ha .. Ha Na okey ."aku membalas pendek .
"Haih , Ha Na , kalau Ha Na ada masalah bagitahu omma ye ? omma hanya nak yang terbaik untuuk anak omma ."dia tersenyum seraya itu dia berdiri mahu keluar dari bilik ku ,
"Om..ma , kalau kita tak cintakan seseorang tu tapi dia mengharapkan kita , apa yang kita perlu buat ? sedangkan kita cintakan orang lain ."akhirnya lepas juga soalan tu !
"Ouh , jadi tulah yang buat anak omma ni termenung je ye ?"aku tersengih .
"Hmm , pada omma , dicintai itu anugerah yang paling patut kita hargai , you know , sometimes mencintai orang yang dicintai itu lebih baik dari mencintai orang yang belum tentu mencintai kita . okay ? so take a note ,"kemudian omma menuruskan perjalanan keluar dari bilik aku .
* * * * *
Aku meneruskan perjalanan , dengan muka confident aku berjalan menghampiri rumah Jin Young , dalam otak ligat juga berputar , benarkah keputusan ini ? keputusan sama ada perit atau bahagia .
"Ha Na ? kau terima Jin Young ?"suara dibelakang mengejutkan aku , aku berpusing menghadap Chi Hoon , terpukau melihat persenoliti lelaki di hadapan ini , bahagiakah aku memilih Jin Young ? sedangkan bila aku pandang Chi Hoon dah nak terjojol mata ni menengok dia .
Aku hanya mengganguk lantas tersenyum sedikit , entah kenapa perit betul nak cakap soal ni di hadapan Chi Hoon .
"Ta..tapi kenapa , bukan kau suka aku ?"aku tersentak , kepala aku dongakkan memandang Chi Hoon .
"Sebab mencintai orang yang dicintai lebih ba..baha..bahagia !"sedikit tergagap aku menjawab .
"Walaupun kau tak cintai dia ?"
"Ndae.."aku menjawab pendek .
"Now , aku tanya kau , kau suka aku ?"aku memandang tepat ke wajahnya , kenapa dia tanya soalan ni ?
"Perasaan tu boleh hilang , Ha Na yakin ."aku kembali menunduk .
"Kenapa ? kau takut aku tak akan balas cinta kau ?"walaupun soalan itu agak sensitif bagi aku akhirnya aku mengiakannya . aku mengganguk
Tiba-tiba terasa tanganku ditarik lembut , Chi Hoon memeluk aku buat yang ke dua kali ? dia mengemaskan pelukan terasa ada titisan panas mengalir di bahu , Chi Hoon menanggis ?
"Aku akan balas cinta kau , aku janji aku akan balas cinta kau ."aku tergamam , entah macam mana aku mula mengeluarkan titisan air mata , air mata gembirakah ini ? ya , gembira yang tak terucap .
Bunyi derangan henfon dari 'bad boy' mula kedengaran , Chi Hoon yang perasan akan itu mula merenggankan pelukan . 'you have 1 text messege' aku membacanya sedikit berbisik sebelum menyapu air mata yang mula kebasahan di pipi ,
FROM : Jin Young
'semoga Ha Na bahagia , kenapa Jin Young perlu seksa Ha Na ? bodohnya Jin Young ni kan ? Jin Young pentingkan diri tanpa pedulikan hati Ha Na , maafkan Jin Young Ha Na , mianhae chincha mianhae , Jin Young akan menunggu Ha Na . but , I have to go .. from your life :)'
Aku tersenyum , hati mula terasa dihimpit sebak , aku bahagia , yaa , aku bahagia , walaupun aku sedikit berjauh hati dengan Jin Young dengan ayat terakhirnya itu tetapi mungkin juga dia ingin pergi dari hidup aku kerana ingin membuang perasaan itu jauh-jauh .
Aku mendonggak memandang Chi Hoon , aku tersenyum memandangnya . Dia juga turut membalas ,
'saranghae , jeongmal saranghae Chi Hoon'
+ + + +
Okeh itu je , isteri Myung Soo nak buat one shot lain pulak , aku tak tahu ada comedy ke tak dalam cerita ni . Tskk..gif tu hanya gambaran semata-mata , wait jangan pandang Myung Soo aku lama-lama -.- hehe , kbai , ppyong ..
1 comment:
done~ daebak! isteri myungsoo? saya bini pertama!! haha XD
Post a Comment